Thailand sahkan serangan ke atas pangkalan roket, pusat kawalan dron Kemboja

Foto pegun daripada rakaman video yang disiar bagi menunjukkan ketepatan serangan dan keupayaan taktikal Thailand. -Foto Facebook Army Military Force
BANGKOK: Tentera Diraja Thailand mengesahkan serangan udara ke atas pusat kawalan dron dan beberapa pangkalan peluru berpandu milik Kemboja di wilayah sempadan, sebagai tindak balas terhadap serangan artileri yang didakwa dilakukan Kemboja ke atas pos tentera Thailand.
Ringkasan AI
- Tentera Diraja Thailand mengesahkan serangan udara ke atas pusat kawalan dron dan pangkalan peluru berpandu milik Kemboja di wilayah sempadan sebagai tindak balas terhadap serangan artileri yang dilakukan Kemboja ke atas pos tentera Thailand.
- Thailand menggunakan pesawat pejuang dan dron bersenjata untuk menyerang sasaran strategik di wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey selepas tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah pos sempadan Thailand di Ubon Ratchathani.
- Kementerian Pertahanan Kemboja mengecam tindakan Thailand sebagai pencerobohan terang-terangan, sementara Thailand mendakwa serangan mereka difokuskan pada sasaran yang dikenal pasti melalui risikan udara.
Jurucakap tentera Thailand berkata serangan menyasarkan pusat kawalan dron, depot peluru, dan pelancar roket yang dikenal pasti melalui risikan udara.
Rakaman video disiarkan bagi menunjukkan ketepatan serangan dan keupayaan taktikal Thailand.
Kementerian Pertahanan Kemboja mengecam tindakan itu sebagai pencerobohan terang-terangan dan mendakwa serangan mengorbankan empat orang awam serta mencederakan 10 yang lain.
Mereka menafikan sebarang serangan awal terhadap Thailand dan menegaskan pasukan mereka hanya berada dalam mod bertahan.
Pertempuran ini menandakan peningkatan ketara dalam konflik sempadan yang berlarutan sejak pertengahan tahun, meskipun satu perjanjian gencatan senjata dimeterai di Kuala Lumpur pada Julai lalu dengan pengantaraan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Pemerhati serantau bimbang penggunaan dron bersenjata dan serangan udara boleh mencetuskan ketegangan lebih besar di rantau Indochina, terutamanya jika rundingan damai gagal diteruskan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama Tentera Diraja Thailand melancarkan serangan udara ke atas pusat kawalan dron dan pangkalan peluru berpandu milik Kemboja? A: Serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan artileri yang dilakukan oleh Kemboja ke atas pos tentera Thailand di Ubon Ratchathani.
- Q: Bagaimanakah Thailand bertindak balas terhadap tembakan tentera Kemboja ke arah pos sempadan Thailand? A: Thailand menggunakan pesawat pejuang dan dron bersenjata untuk menyerang sasaran strategik di wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey.
- Q: Apakah reaksi Kementerian Pertahanan Kemboja terhadap serangan udara Thailand? A: Kementerian Pertahanan Kemboja mengutuk tindakan Thailand sebagai pencerobohan terang-terangan dan mendakwa serangan tersebut mengorbankan empat orang awam serta mencederakan 10 yang lain.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

