BANGKOK: Thailand sudah siap sedia untuk memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 ke atas manusia dan vaksin berasaskan tumbuhan keluaran tempatan itu dijangka dapat digunakan tahun depan.
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata, seramai 100 sukarelawan bakal menyertai percubaan klinikal fasa pertama itu.
Beliau berkata sukarelawan akan diberikan tiga dos berbeza - 10, 50 dan 100 mikrogram untuk menentukan dos mana yang berkesan dan sesuai untuk orang dewasa.
Katanya, kajian praklinikal pada tikus dan monyet mendapati calon vaksin itu sangat berkesan dalam meningkatkan imuniti haiwan.
"Jika ujian ke atas manusia berjaya, vaksin dijangka siap untuk rakyat Thailand tahun depan.
"Penyelidik menjalankan ujian vaksin itu ke atas 10 varian. Jika ia berjaya, kita mungkin dapat menghasilkan sesuatu yang sama dengan vaksin selesema yang dapat memberikan perlindungan terhadap beberapa varian," katanya yang dipetik Bangkok Post.
Menerusi kenyataan media, Universiti Chulalongkorn memaklumkan "Vaksin Baiya" dihasilkan daripada daun oleh Baiya Phytofarm dan diadun dengan daun tembakau dari Australia yang berfungsi sebagai bahan genetik virus bukan patogenik.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Baiya Phytofarm Prof Madya Dr Sutheera Dejkhunnavuth berkata Vaksin Baiya untuk COVID-19 adalah vaksin subunit yang telah lama dihasilkan di negara lain menggunakan tumbuhan dan serangga sementara beberapa negara seperti Kanada dan Korea Selatan hanya menggunakan tumbuhan.
"Vaksin ini menggunakan daun tembakau dari Australia (hanya tumbuh di Australia) untuk berfungsi sebagai bahan genetik bukan patogen. Apabila disuntik ke dalam tubuh, vaksin akan meningkatkan daya tahan tubuh kita untuk melawan jangkitan," kata Dr Sutheera.
"Vaksin Baiya" itu adalah hasil kerja dua penyelidik dari Fakulti Farmasi, Universiti Chulalongkorn -Prof Madya Dr Suthira Taychakhoonavudh dan Prof Madya Dr Waranyoo Phoolcharoen.
Suthira berkata, vaksin itu dijangka siap pada pertengahan tahun depan dengan harga 300 hingga 500 baht setiap dos.
Di samping "Vaksin Baiya", penyelidik di Universiti Chulalongkorn turut membangunkan vaksin COVID-19 sendiri termasuk ChulaCov19, vaksin mRNA yang sudah menjalani ujian klinikal fasa pertama pada Jun.
Sementara itu, Thailand melaporkan 22,086 kes baharu COVID-19 dan 217 kematian dalam tempoh 24 jam lalu. Setakat ini negara ini mencatatkan keseluruhan kes sebanyak 885,275 dengan 7,343 kematian.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan terdapat 210, 376 pesakit masih dirawat di hospital termasuk 5,590 dalam keadaan kritikal dan 1,151 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
"Kes kematian terbaru melibatkan 130 lelaki dan 87 wanita berusia antara 20 hingga 94 tahun termasuk 13 warga asing - 10 Myanmar, dua Kemboja dan seorang Switzerland.
"Seramai 18 orang meninggal dunia di rumah - 17 di Bangkok dan satu di Suphan Buri," menurut kenyataan CCSA.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Anutin Charnvirakul berkata, seramai 100 sukarelawan bakal menyertai percubaan klinikal fasa pertama itu. - Gambar fail/REUTERS
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.