awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Sistem ranking universiti, di manakah kita?
MALAYSIA
Presiden Kyrgyz Sadyr Zhaparov tiba di Malaysia untuk lawatan dua hari
DUNIA
Iran sahkan 610 terbunuh, hampir 5,000 cedera akibat serangan Israel sejak 13 Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Thailand tutup lintasan sempadan dengan Kemboja susulan pertikaian berterusan

Bernama
Bernama
24/06/2025
08:45 MYT
Sponsor Banner
Thailand tutup lintasan sempadan dengan Kemboja susulan pertikaian berterusan
Tentera Diraja Thailand mengulangi komitmennya untuk mengimbangi keutamaan keselamatan negara dengan pertimbangan kemanusiaan.
BANGKOK: Thailand menutup semua lintasan sempadan di tujuh wilayah dan menggantung pergerakan rentas sempadan melibatkan orang ramai, kenderaan dan perdagangan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja bagi melindungi kedaulatan negara dan menjamin keselamatan awam, di tengah-tengah pertikaian sempadan yang masih berlarutan.

Ringkasan AI
  • Thailand menutup semua lintasan sempadan dengan Kemboja di tujuh wilayah berkuat kuasa 23 Jun 2025, sebagai langkah menangani ketegangan keselamatan dan membanteras sindiket penipuan rentas sempadan.
  • Langkah penggantungan pergerakan rentas sempadan merangkumi orang awam, kenderaan dan perdagangan, kecuali untuk kes kecemasan kemanusiaan yang diluluskan tentera tempatan.
  • Kemboja bertindak balas dengan menghentikan import bahan api dari Thailand, serta mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya, menunjukkan hubungan diplomatik kedua-dua negara kian tegang.

Jurucakap Tentera Diraja Thailand (RTA), Mejar Jeneral Winthai Suvaree dalam satu kenyataan berkata langkah kawalan sempadan yang diperketat itu selaras dengan dasar kerajaan serta arahan dari Pusat Ad Hoc untuk Situasi Sempadan Thailand-Kemboja yang ditubuhkan bagi membanteras jenayah rentas negara, termasuk sindiket penipuan pusat panggilan dan penipuan hibrid.
"Berkuat kuasa mulai 23 Jun 2025 (Isnin), langkah ini melibatkan penggantungan sepenuhnya pergerakan rentas sempadan melibatkan orang awam, perdagangan dan kenderaan, kecuali bagi kes kemanusiaan penting seperti rawatan perubatan segera dan keperluan pendidikan. Kes-kes ini akan dipertimbangkan oleh unit tentera tempatan," katanya.
Langkah ini bertujuan menangani ketegangan keselamatan yang berterusan dan terbukti berkesan dalam menggagalkan operasi sindiket penipuan pusat panggilan dan penipuan hibrid yang mengancam keselamatan rakyat Thailand.
Menurut data kerajaan Thailand, negara itu mengendalikan 17 lintasan sempadan rasmi dengan Kemboja merentasi tujuh wilayah di sepanjang sempadan sepanjang 817 kilometer.
Langkah-langkah kawalan mula dilaksanakan pada 7 Jun dan diperketatkan pada 23 Jun meliputi wilayah utama termasuk Ubon Ratchathani, Sisaket, Surin, Buriram dan Sa Kaeo.
Winthai menegaskan bahawa kawalan yang dipertingkatkan menunjukkan keberkesanan dalam menyekat rangkaian penipuan hibrid dan operasi pusat panggilan yang memberi ancaman besar kepada penduduk.
Tentera Diraja Thailand turut mengulangi komitmennya untuk mengimbangi keutamaan keselamatan negara dengan pertimbangan kemanusiaan demi memastikan keselamatan dan kebajikan semua komuniti yang terjejas.
Pada Ahad, Kemboja mengisytiharkan import bahan api dan gas dari Thailand dihentikan serta mengeluarkan nasihat perjalanan yang menggesa rakyatnya agar mengelakkan perjalanan tidak penting ke negara itu.
Awal tahun ini, Thailand turut mengambil langkah serupa terhadap operasi penipuan dalam talian di Myanmar, termasuk memutuskan bekalan elektrik, internet dan gas ke kawasan sempadan yang dikaitkan dengan aktiviti penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#tutup lintasan sempadan
#Kemboja
#sempadan Thailand-Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami