Skip to main content

Dunia

Thaksin ucap tahniah kepada Mahathir

51526004997_Thaksin.jpg
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra mengucapkan tahniah kepada  Tun Dr Mahathir Mohamad atas penampilan semula Pengerusi Pakatan Harapan itu yang menakjubkan untuk memenangi PRU14, semalam.

Beliau berkata 'kuasa rakyat telah menyatakan dengan lantang dan jelas' bahawa pengundi di Malaysia tidak hanya mengingat warisan Mahathir  yang luar biasa tetapi juga memerlukan kepimpinannya.

Berdasarkan pengalaman saya diberi penghormatan bekerjasama dengannya, saya yakin beliau akan memimpin Pakatan Harapan dan Malaysia ke arah masa depan  gemilang," kata beliau ketika merujuk kepada kemenangan perdana menteri ketujuh itu pada PRU14 semalam yang menyaksikan BN tumbang.

Thaksin membuat kenyataan itu dalam emelnya hari ini dan turut berkongsi gambarnya ketika bersama Mahathir.

BACA: Lihat Tun Mahathir bertarung, teringat Kuan Yew - Chok Tong

Mahathir bersama Pakatan Harapan mengejutkan politik negara  kerana berjaya  menggulingkan BN  yang memerintah Malaysia selama 60 tahun.

Advertisement

Pemimpin berusia 92 tahun itu mencipta sejarah apabila dilantik mejadi perdana menteri buat kali kedua di mana sebelum ini memgang jawatan sama   selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 dan merupakan perdana menteri paling lama menyandang jawatan itu.

Thaksin pula digulingkan oleh junta tentera pada 2006 dan sekarang tinggal dalam buangan.

Tegas Thaksin  kepimpinan Mahathir pasti akan menghidupkan kembali Asean. -Bernama

Must Watch Video