awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perbincangan dengan Starmer mengenai rancangan iktiraf negara Palestin - Trump

Agensi
Agensi
29/07/2025
23:20 MYT
Tiada perbincangan dengan Starmer mengenai rancangan iktiraf negara Palestin - Trump
Presiden Trump (kiri) mendedahkan, beliau tidak berbincang rancangan Britain untuk mengiktiraf negara Palestin ketika pertemuan bersama Perdana Menteri Starmer, baru-baru ini.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan, beliau tidak berbincang rancangan Britain untuk mengiktiraf negara Palestin ketika pertemuan bersama Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, baru-baru ini.
Bercakap kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari Scotland ke Amerika Syarikat menaiki pesawat rasmi Air Force One, Trump menyifatkan, pengiktirafan terhadap negara Palestin sebagai tindakan yang “memberi ganjaran kepada Hamas” – satu nada yang selari dengan reaksi keras Israel.
“Saya rasa mereka (Hamas) tidak sepatutnya diberi ganjaran,” katanya.
Trump turut memaklumkan, Washington telah menyalurkan bantuan makanan berjumlah AS$60 juta (RM281 juta) kepada rakyat Palestin di Gaza.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, bantuan itu mesti digunakan secara berhemah dan diagihkan dengan adil.
“Saya mahu pastikan wang itu dibelanjakan dengan bijak, digunakan secara teliti dan makanan diagihkan dengan cara yang betul,” tegasnya.
Kenyataan Trump itu hadir selepas Starmer mengumumkan bahawa Britain akan mengiktiraf negara Palestin di sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September, jika Israel enggan menamatkan operasi ketenteraan di Gaza dan menyertai proses damai berteraskan penyelesaian dua negara. - Agensi
Topic Berkaitan
#Britain iktiraf Palestin
#Donald Trump
#Keir Starmer
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan