Skip to main content

Dunia

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden serangan di Berlin - Kedutaan

berlin. AP
Petugas kecemasan bersiap sedia sementara anggota polis berkawal di lokasi kejadian di Berlin. - AP
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam insiden serangan ketika sambutan Christopher Street Day di Berlin, Jerman pada Sabtu malam.

Perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Berlin pada Ahad.

Kedutaan turut menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang terjejas akibat tragedi yang menyebabkan seorang maut dan sekurang-kurangnya 16 yang lain cedera.

"Ingatan dan doa kami bersama mangsa, keluarga mereka serta semua yang terjejas akibat tragedi ini," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan.

Kedutaan memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan susulan insiden itu sambil menambah bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +49 (0)30 885749-0 atau e-mel di [email protected].

Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), sebuah kenderaan merempuh orang ramai di kawasan Tiergarten, Berlin sejurus selepas 10 malam (waktu tempatan) pada Sabtu (25 Julai), menyebabkan penganjur membatalkan acara Christopher Street Day.

Seorang wanita maut manakala 16 yang lain cedera, termasuk tiga yang mengalami kecederaan mengancam nyawa dan lapan cedera parah, sementara polis melancarkan operasi mengesan suspek.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement