Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden serangan terbaharu di Selatan Thailand

Rakyat Malaysia turut digalakkan mendaftarkan kehadiran mereka bagi memudahkan urusan komunikasi dan penyaluran bantuan konsular sekiranya diperlukan. - Gambar/ Bernama/ Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri
KUALA LUMPUR : Wisma Putra mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden serangan di Yala, Narathiwat dan Pattani pada awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden serangan di Yala, Narathiwat, dan Pattani, menurut Wisma Putra.
- Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan tempatan.
- Kementerian akan terus memantau situasi serta menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai; rakyat Malaysia digalakkan mendaftar kehadiran untuk bantuan konsular jika diperlukan.
Wisma Putra menegaskan kementerian akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan menyalurkan maklumat terkini kepada orang ramai.
Justeru katanya, rakyat Malaysia dinasihati untuk mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi.
Selain itu, rakyat Malaysia turut digalakkan mendaftarkan kehadiran mereka bagi memudahkan urusan komunikasi dan penyaluran bantuan konsular sekiranya diperlukan.
Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui:
- Telefon: +66 74 316 274 / +66 81 990 1930
- Talian tambahan: +66 74 324 004 / +66 74 312 353
- E-mel: [email protected]
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


