awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada syarikat penerbangan Vietnam guna ruang udara Israel, Iran

Bernama
Bernama
14/06/2025
08:58 MYT
Tiada syarikat penerbangan Vietnam guna ruang udara Israel, Iran
Selain Vietnam Airlines, syarikat penerbangan Vietnam yang lain, termasuk Vietjet Air, Bamboo Airways dan Vietravel Airlines, juga tidak menggunakan ruang udara Israel atau Iran. - Foto: www.vietnamairlines.com
HANOI: Susulan ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran yang menjejaskan industri penerbangan global, Vietnam Airlines telah mengubah laluan penerbangannya bagi mengelak zon konflik, dengan mengutamakan keselamatan penumpang dan kru, menurut wakil syarikat itu kepada Agensi Berita Vietnam (VNA) pada Jumaat.
Wakil berkenaan berkata penerbangan syarikat itu ke Eropah masih beroperasi seperti biasa.
Syarikat penerbangan Vietnam yang lain, termasuk Vietjet Air, Bamboo Airways dan Vietravel Airlines, juga tidak menggunakan ruang udara Israel atau Iran.
Gangguan terhadap operasi penerbangan berlaku susulan serangan udara Israel ke atas sasaran di Iran, yang mencetuskan gelombang pembatalan dan penukaran laluan penerbangan di seluruh dunia.
Data daripada Flightradar24, sebuah perkhidmatan penjejakan penerbangan global, menunjukkan pelbagai laluan telah diubah bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru.
Syarikat penerbangan utama telah menyesuaikan laluan untuk mengelakkan ruang udara Israel, Iran, Iraq dan Jordan. Media kerajaan Iraq melaporkan bahawa negara itu telah menutup ruang udaranya dan menggantung semua operasi lapangan terbang pada awal 13 Jun.
Wilayah timur Iraq yang bersempadan dengan Iran merupakan antara koridor penerbangan tersibuk di dunia bagi penerbangan yang menghubungkan Eropah, Teluk dan Asia.
Jordan, yang terletak di antara Israel dan Iraq, turut menutup ruang udaranya beberapa jam selepas serangan udara Israel bermula.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#syarikat penerbangan
#Vietnam
#ruang udara
#laluan udara
#Israel
#Iran
#Vietnam Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan