Pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwattumrong Boonsongpaisan menolak gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan.
Menurutnya kabinet sekarang mempunyai mandat untuk menjalankan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang negara.
Niwattumrong berkata peletakan jawatan itu akan melanggar Perkara 181 Perlembagaan Thailand serta keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mei yang memutuskan bahawa baki anggota kabinet mesti dikekalkan.
Ia bagi membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing.
Selain itu, pelantikan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa penuh mesti mematuhi perkara 171 dan 172 perlembagaan Thailand, dan juga tertakluk di bawah dekri diraja pembubaran parlimen 2556 yang berkuat kuasa sekarang.
Tambahnya dalam situasi ini, tidak mungkin untuk melantik Perdana Menteri yang berkecuali yang mempunyai kuasa penuh kerana sudah ada kabinet sementara dan perdana menteri sementara yang sah.
Tambahan pula, termaktub di bawah perlembagaan bahawa Perdana Menteri mesti daripada anggota dewan perwakilan dan mendapat persetujuan ramai dewan perwakilan.
Astro Awani
Tue May 20 2014
Pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwattumrong Boonsongpaisan. -Gambar AFP
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tidak mungkin letak jawatan, kata PM sementara Thailand
Pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwattumrong Boonsongpaisan menolak gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan.