awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mungkin serpihan di Thailand milik MH370 - Pakar penerbangan

Agensi
Agensi
24/01/2016
08:00 MYT
Tidak mungkin serpihan di Thailand milik MH370 - Pakar penerbangan
Serpihan besar kepingan logam melengkung berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat. - YouTube/Khaosod TV
Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand pada Sabtu tidak mungkin milik pesawat Malaysia Airlilnes MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.
Pakar penerbangan, Greg Waldron, seorang pengarang urusan di Flightglobal berkata walaupun arus kuat Lautan Hindi boleh menolak beribu-ribu serpihan sejauh mungkin namun adalah mustahil serpihan dapat dihanyutkan ke seluruh Khatulistiwa hingga ke Hemisfera Utara.
"Tanda-tanda diserpihan yang ditemui di Thailand itu, ciri-ciri kejuruteraannya dan peralatannya jelas menunjukkan ianya ada kaitan dengan aeroangkasa, namun ia perlu diperiksa dengan teliti bagi menentukan tempat asalnya.
"Berkemungkinan juga serpihan aeroangkasa itu datang dari pelancaran roket angkasa dari arah timur India ke Teluk Bengal," kata Waldron kepada Reuters.
Serpihan yang dijumpai di selatan Thailand. - YouTube/Khousod TV
Serpihan yang dijumpai di selatan Thailand. - YouTube/Khousod TV
Tambah Waldron, lokasi penemuan serpihan di Thailand itu akan dilihat tidak konsisten dengan lokasi kemunculan flaperon MH370 di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu.
Serpihan besar kepingan logam melengkung berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat.
Nelayan di kampung tersebut kemudian telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Pak Phanang untuk membantu mengenalpastinya.
Nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya.
Butiran yang terdapat pada serpihan yang dijumpai di Nakhon Si Thammarat. - YouTube/KhousodTV
Butiran yang terdapat pada serpihan yang dijumpai di Nakhon Si Thammarat. - YouTube/KhousodTV
Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.
Manakala, jurucakap Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), pihak berkuasa yang berpangkalan di Canberra, Australia yang menyelia pencarian antarabangsa MH370 sedang menunggu keputusan rasmi pemeriksaan bahan.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#serpihan MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan