awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan di Narathiwat

Bernama
Bernama
17/12/2019
14:59 MYT
Tiga lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan di Narathiwat
Keluarga mangsa mendakwa mangsa berada di hutan itu untuk menebang pokok tetapi ditembak pihak berkuasa Thailand.
Tiga lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan dalam sebuah hutan di daerah Rangae, Narathiwat, selatan Thailand semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan) pada Isnin, pihak berkuasa Thailand menemui mayat ketiga-tiga lelaki itu yang berusia antara 24 hingga 27 tahun di hutan tersebut.
Namun, punca mangsa ditembak menjadi tanda tanya keluarga mereka, yang mendakwa mangsa berada di hutan itu untuk menebang pokok tetapi ditembak pihak berkuasa Thailand.
Panglima Bahagian Tentera Darat ke-4 Left. Jen. Pornsak Poonsawat menafikan dakwaan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah anggota militan dan ditembak pihak berkuasa.
"Pihak berkuasa Thailand akan meneliti punca kematian mereka secara terperinci. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat anggota dan pegawai yang cuai," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Perlindungan Hak Asasi Manusia Selatan Thai di sini pada Selasa.
Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan nama disiarkan berkata beliau bersama ketiga-tiga mangsa menebang pokok namun beliau balik awal.
"Ketika dalam perjalanan pulang, saya terdengar bunyi tembakan... saya tidak sangka ketiga-tiga rakan yang maut," katanya.
Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Johor, Mukim Bongo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa tembak
#maut ditembak
#Narathiwat
#selatan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan