DHAKA: Tiga orang terbunuh selepas sebuah bot terbalik di Sungai Shitalakkhya, di Dhaka, Bangladesh pada Jumaat.

Pegawai Bomba dan Pertahanan Awam Rashid Khalid berkata operasi menyelamat telah pun selesai tengah malam tadi dan punca kejadian masih disiasat, lapor Agensi Anadolu.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 9.45 malam (1530 GMT) waktu tempatan.

Menurut saksi penumpang bot itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri perayaan.

-- BERNAMA