awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi

Bernama
Bernama
13/12/2022
03:50 MYT
Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi
Suspek telah dinafikan permit untuk membeli pistol sebaliknya, dia menggunakan pistol yang disewa dari padang tembak. - Gambar hiasan
ROM: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala empat lagi cedera apabila seorang lelaki berusia 57 tahun menyerbu masuk ke sebuah kedai kopi di utara Rom dan melepaskan tembakan pada Ahad.
Lelaki itu dipercayai menyasarkan ahli mesyuarat lembaga kondominium dan suspek berjaya ditahan, lapor Xinhua.
Menurut laporan media, lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah pertikaian dengan beberapa ahli lembaga pengarah.
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengesahkan bahawa seorang daripada mangsa ialah Nicoletta Golisano, rakannya.
"Saya harap keadilan akan dilaksanakan," menurut hantaran Meloni di media sosial.
Tembakan Rambang | Tiga maut ketika bermesyuarat di kedai kopi
Laporan media mendedahkan bahawa penembak yang tinggal di tingkat bawah tanah telah menghantar beberapa aduan terperinci mengenai lembaga kondominium itu.
Menurut catatan Meloni di media sosial, suspek telah dinafikan permit untuk membeli pistol sebaliknya, dia menggunakan pistol yang disewa dari padang tembak.
Premis berkenaan telah ditutup dan siasatan sedang dijalankan.
Datuk Bandar Rom Roberto Gualtieri mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin selepas menyifatkan kejadian itu sebagai "episod keganasan yang teruk melanda bandar itu".
Akses kepada senjata api dihadkan di Itali dan kejadian tembakan besar-besaran jarang berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#kedai kopi
#Giorgia Meloni
#Nicoletta Golisano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan