Tiga pendaki maut, empat hilang dalam tragedi runtuhan salji di Nepal

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, termasuk menggunakan helikopter, namun usaha tersebut berdepan cabaran akibat cuaca buruk dan salji tebal di kawasan pergunungan. - Foto X/Laszlo Varga
KATHMANDU: Sekurang-kurangnya tiga pendaki maut dan empat lagi dilaporkan hilang selepas satu runtuhan salji melanda kem asas di puncak Yalung Ri, timur laut Nepal, pada pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Runtuhan salji di puncak Yalung Ri, Nepal menyebabkan tiga pendaki maut dan empat lagi hilang, termasuk seorang warga Perancis dan dua pemandu arah tempatan.
 - Insiden berlaku pada ketinggian 5,630 meter di Lembah Rolwaling, Dolakha, dengan lima pendaki cedera yang telah dirawat di kampung berdekatan.
 - Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan cabaran cuaca buruk dan salji tebal di kawasan tersebut, sementara identiti penuh mangsa yang hilang masih belum didedahkan.
 
Insiden berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan di kawasan pergunungan setinggi 5,630 meter di Lembah Rolwaling, daerah Dolakha.
Menurut Timbalan Penguasa Polis Gyan Kumar Mahato, lima lagi pendaki cedera dalam kejadian itu dan telah dipindahkan ke kampung berhampiran untuk rawatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, termasuk menggunakan helikopter, namun usaha tersebut berdepan cabaran akibat cuaca buruk dan salji tebal di kawasan pergunungan.
Pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti penuh mangsa yang hilang, namun dipercayai lima daripada mereka adalah warga asing.
Kejadian ini menambah kepada senarai panjang tragedi yang melibatkan pendaki di Himalaya, terutamanya ketika musim sejuk yang tidak menentu.
Nepal, yang menjadi destinasi popular bagi pendaki dari seluruh dunia, sering berdepan risiko bencana alam seperti runtuhan salji dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan pergunungan tinggi.
Pihak berkuasa menggesa semua ekspedisi mendaki agar mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau ramalan cuaca sebelum memulakan pendakian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


