awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rakyat Indonesia terkorban dalam gempa bumi Taiwan

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2016
11:02 MYT
Tiga rakyat Indonesia terkorban dalam gempa bumi Taiwan
Tiga rakyat Indonesia terkorban dan 55 lagi mengalami kecederaan dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang menggegarkan selatan Taiwan pada Sabtu.
Sekurang-kurangnya tiga rakyat Indonesia terkorban dan 55 lagi mengalami kecederaan dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang menggegarkan selatan Taiwan pada Sabtu.
Menurut portal berita Antaranews, berdasarkan maklumat dari Pejabat Dagangan dan Ekonomi Indonesia (KDEI) sedang menuju ke lokasi kejadian.
Difahamkan, KDEI akan ke Tainan di mana terdapat kira-kira 16,000 warga Indonesia yang bekerja di situ, untuk mencatatkan jumlah rakyat Indonesia yang terkorban atau tercedera akibat nahas.
Selain kawasan tersebut, Kaohsiung and Pingtung juga teruk terkesan oleh gempa. Kedua-dua daerah itu juga ramai dihuni pekerja warga Indonesia.
Setakat ini, tujuh orang telah disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi di selatan Taiwan, hingga menyebabkan beberapa buah bangunan runtuh.
Laporan menyatakan terdapat lebih 100 orang terperangkap dalam runtuhan bangunan dalam bencana tersebut yang berlaku pada awal pagi ini.
BACA: Lebih 100 terperangkap dalam insiden bangunan runtuh susulan gempa bumi di Taiwan
BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden gempa bumi Taiwan setakat ini - Wisma Putra
GALERI FOTO: Gempa bumi gegarkan Taiwan
Rakaman video menerusi televisyen tempatan dan media sosial menunjukkan sebuah bangunan runtuh menyembah bumi manakala sebuah lagi senget akibat gempa berkenaan.
Stesen penyiaran Formosa melaporkan 150 orang terperangkap dalam bangunan setinggi 16 tingkat itu dengan kedengaran suara orang meminta tolong.
69 orang berjaya diselamatkan tetapi tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka boleh terperangkap di dalam.
Menurut Wisma Putra, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu setakat ini.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Kaohsiung
#Pingtung
#Tainan
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan