awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekawan sapu gam kuat di tapak tangan untuk curi cip kasino

Agensi
Agensi
02/05/2023
09:06 MYT
Tiga sekawan sapu gam kuat di tapak tangan untuk curi cip kasino
Pihak penyiasat memberitahu, helah menggunakan gam di tapak tangan itu sudah dirancang sejak mereka berada di Guangzhou. - Unsplash
SINGAPURA: Helah tiga sekawan dari China yang masuk ke Singapura untuk bercuti dan berjudi, seterusnya membuat perancangan mencuri cip kasino, akhirnya menemui kegagalan.
Mereka pada awalnya membuat plot dengan membawa sebotol penitis kecil, kononnya digunakan sebagai ubat penitis mata bagi kegunaan salah seorang daripada mereka yang mempunyai masalah mata, lapor portal Channel NewsAsia.
Botol penitis itu sebenarnya berisi gam kuat yang dirancang disapukan pada tapak tangan untuk mencuri cip kasino.
Selepas mengunjungi kasino itu beberapa hari pada Mac 2023 lalu, perancangan mereka telah dikesan oleh salah seorang pengunjung kasino lain, yang merampas semula cip itu dari tangan suspek lalu memberitahu pihak berkuasa kasino.
Huang Chunsheng, 50, telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan, sementara Zheng Jiansheng, 64, yang 'mempunyai masalah mata' itu dan mencuri paling banyak cip, menerima hukuman penjara selama 10 bulan. Seorang lagi, Jiang Renjing, 55, pula menerima hukuman tujuh bulan penjara.
Pihak penyiasat dalam kes itu memberitahu, muslihat berkenaan telah dirancang sejak trio itu berada di Guangzhou, China.
Sejak tiba di Singapura pada 6 Mac lalu, mereka telah mengunjungi kasino di Marina Bay Sands setiap hari selama enam hari berturut-turut untuk menjalankan 'misi mencuri' itu, sehingga akhirnya mereka tertangkap.
Pada awalnya, mereka masing-masing berjanji untuk membahagikan hasil curian secara sama rata antara mereka bertiga, namun kemudiannya menukar syarat iaitu hasil curian yang diperoleh setiap individu adalah atas usaha masing-masing.
Topic Berkaitan
#curi cip kasino
#kasino
#Singapura
#super glue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan