awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek insiden kereta kabel terhempas dibebaskan dari penjara

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2021
00:19 MYT
Tiga suspek insiden kereta kabel terhempas dibebaskan dari penjara
Kereta kabel yang menghubungkan bandar Stresa melalui Tasik Maggiore ke Gunung Mottarone terhempas dan mengorbankan semua penumpang kecuali seorang budak lelaki berusia lima tahun yang masih dirawat di hospital. -Gambar fail
ROM: Tiga suspek dalam nahas kereta kabel terhempas di Itali pada 23 Mei lalu dibebaskan dari penjara.
Pemilik syarikat Luigi Nerini, ketua penyelenggaraan Enrico Perocchio, dan juruteknik servis Gabriele Tadini dibebaskan apabila hakim mendapati tiada bukti kukuh terhadap dua daripada mereka.
Bagaimanapun, Tadini dikenakan tahanan di rumah.
Hakim, Donatella Banci Buonamici dalam hujahannya berkata tiada langsung bukti yang boleh dikenakan terhadap Nerini dan Perocchio.
Malah, menurut hakim, permohonan pendakwa raya untuk menahan mereka di penjara hanyalah berdasarkan tanggapan semata-mata.
Hakim sebaliknya berkata bahawa kesalahan lebih tertumpu kepada Tadini yang mengaku dengan sengaja mematikan brek kecemasan gondola atas alasan "ia asyik terhenti-henti".
Mahkamah difahamkan bahawa brek kecemasan tersebut dapat menghalang gondola daripada jatuh ke belakang apabila kabel putus.
Kereta kabel yang menghubungkan bandar Stresa melalui Tasik Maggiore ke Gunung Mottarone terhempas dan mengorbankan semua penumpang kecuali seorang budak lelaki berusia lima tahun yang masih dirawat di hospital.
Sejumlah 14 penumpang terkorban dalam kejadian itu.
Kes disiasat untuk mengetahui punca kejadian dan sama ada berlaku kecuaian.
Sementara itu, wilayah Piedmont mengumumkan tempoh berkabung satu hari untuk mangsa-mangsa kemalangan kereta kabel itu pada Ahad.
Kemalangan | Kereta kabel terputus, lapan terkorban
Topic Berkaitan
#kereta kabel
#Gunung Mottarone
#Luigi Nerini
#Enrico Perocchio
#Gabriele Tadini
#Donatella Banci Buonamici
#brek kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan