awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2024
01:15 MYT
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
McGee ketika ditahan di balai polis Precinct 67 di New York. - Foto X/Brooklyn Paper
NEW YORK: Seorang lelaki ditahan pada Jumaat selepas didakwa menikam rakannya sehingga maut di New York, Amerika Syarikat dan menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk di rumahnya selama dua tahun.
Nicholas McGee, 45, didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat rakannya Kawsheen Gelzer dan menyembunyikan bahan bukti.
Kejadian dipercayai berlaku pada Mac 2022, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez.
Menurut dokumen yang dikemukakan di mahkamah dan didedah pada umum pada Jumaat, McGee didapati membunuh Kawsheen Gelzer dalam kejadian berkaitan dadah.
Siasatan lanjut mendapati McGee menikam Gelzer beberapa kali ketika mangsa sedang tidur di atas sofa di rumah tertuduh dan mencuri dadah dalam poket seluar rakannya itu.
McGee kemudian memotong mayat Gelzer dan menyimpannya dalam peti sejuk di rumahnya selama dua tahun.
Isteri McGee, Heather Stines, 45, juga didakwa atas kesalahan menyembunyikan mayat serta bahan bukti selain menghalang penguatkuasa menjalankan tugas.
Topic Berkaitan
#Nicholas McGee
#Kawsheen Gelzer
#bunuh
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan