LONDON: TikTok kini merupakan sumber tunggal berita yang paling banyak digunakan di semua platform untuk remaja di United Kingdom (UK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik satu kajian baharu pengawal selia komunikasi UK Ofcom.
Laporan Penggunaan Berita Pengawal Selia Di UK 2022/23 mendapati TikTok adalah sumber berita tunggal yang digemari dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun.
TikTok paling popular dalam kalangan orang muda dan digunakan oleh 28 peratus remaja, diikuti oleh YouTube dan Instagram, kedua-duanya pada 25 peratus.
Bagaimanapun, dengan mengambil kira semua kandungan berita pada platformnya, BBC masih mempunyai capaian tertinggi daripada mana-mana organisasi berita dalam kalangan kumpulan umur ini - 39 peratus remaja menggunakannya.
Kecenderungan itu berlaku selepas kerajaan UK melarang menteri daripada menggunakan TikTok, yang merupakan aplikasi perkongsian video milik China, pada telefon kerja mereka berikutan satu semakan keselamatan.
TikTok dimiliki oleh syarikat internet China ByteDance, berpendapat platform itu tidak berkongsi data dengan China.
Bagaimanapun, undang-undang perisikan Beijing menetapkan syarat agar syarikat-syarikat membantu Parti Komunis apabila diminta.
Apabila mempertimbangkan persepsi kepercayaan, remaja menilai sumber tradisional lebih baik daripada rakan dalam talian mereka ketika BBC One/Two dipercayai oleh 82 peratus pengguna remajanya, berbanding TikTok pada 32 peratus, Instagram pada 38 peratus, Facebook pada 41 peratus dan Snapchat pada 31 peratus. Pengecualian diberikan kepada Twitter, dengan rating 50 peratus pada kepercayaan, dedah Ofcom.
Topik berita yang paling menarik minat remaja yang lebih muda secara amnya ialah "personaliti sukan atau sukan" (23 peratus), "berita muzik atau penyanyi" (15 peratus), "selebriti atau orang terkenal" (11 peratus), "perkara serius yang berlaku di UK" (lapan peratus) dan berita tentang "haiwan atau alam sekitar" (sembilan peratus).
Selain itu, mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun adalah lebih kecil daripada purata orang dewasa untuk mengakses berita daripada sumber media tradisional, seperti TV (47 berbanding 70 peratus), radio (25 berbanding 40 peratus) dan akhbar cetak (16 berbanding 26 peratus).
Sementara itu, platform media sosial mendominasi lima sumber berita paling popular dalam kalangan remaja berusia 16 hingga 24 tahun.
Instagram adalah sumber berita tunggal yang paling banyak digunakan pada 44 peratus, diikuti oleh Facebook pada 33 peratus, Twitter pada 31 peratus, dan TikTok pada 29 peratus. Mendapat tempat kedua bersama, BBC One pada 33 peratus adalah satu-satunya sumber media tradisional yang dipaparkan dalam lima teratas.
Ofcom berkata angka diperolehinya menunjukkan siaran berita TV mengekalkan kedudukannya sebagai sumber paling popular dalam kalangan orang dewasa di UK, digunakan sebanyak 70 peratus meningkat kepada 75 peratus apabila kandungan berita atas permintaan penyiaran disertakan.
Sementara itu, Facebook - sumber berita ketiga paling popular dalam kalangan orang dewasa - menunjukkan tanda penurunan, daripada 33 kepada 30 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Populariti TikTok sebagai sumber berita untuk orang dewasa semakin berkembang, dengan satu daripada 10 orang dewasa mengatakan mereka menggunakannya untuk mengikuti cerita terkini - mengatasi BBC Radio 1 dan Channel 5, kedua-duanya pada lapan peratus buat kali pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
TikTok paling popular dalam kalangan orang muda dan digunakan oleh 28 peratus remaja, diikuti oleh YouTube dan Instagram, kedua-duanya pada 25 peratus. - Foto AP
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
Artis Malaysia lancar lagu #ThinkTwice di TikTok, pupuk nilai positif dalam talian
#ThinkTwice mengingatkan semua agar mempunyai empati, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga masyarakat yang lebih luas kerana kata-kata mempunyai kuasa.
PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) giat mempersiapkan usahawan di bawah bimbingan mereka untuk melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selaras perkembangan dunia digital.
Bytedance perkenal sokongan integrasi akaun TikTok pada aplikasi Lemon8
Lemon8 memfokuskan pada perkongsian koleksi gambar atau video, mirip kepada Pinterest, untuk memaparkan informasi dan perkongsian.
TikTok jamin teliti isu buli siber, scam, fitnah - PM
Anwar dan Zi Chew turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Aura Ina Naim menyerlah, 22,000 tonton pasangan pengantin baharu
Siaran tersebut memperoleh 2.7 juta tanda suka dan lebih 283,000 jumlah keseluruhan tontonan sepanjang hampir satu jam sesi berlangsung.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.