awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud

Bernama
Bernama
16/10/2024
11:02 MYT
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir. - Gambar hiasan/Sinar Harian
ISTANBUL: Wilayah Malatya di timur Turkiye dilanda gempa bumi berukuran 5.9 magnitud, tulis Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya di platform X pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemungkinan korban, kata Datuk Bandar ibu kota wilayah Malatya, Sami Er, kepada CNN Turk.
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Empat orang diselamatkan tanpa mengalami kecederaan dari sebuah bangunan yang rosak di Elazig, menurut agensi pengurusan bencana AFAD.
Pihak berkuasa menggesa penduduk untuk kekal di luar rumah buat sementara waktu.
Malatya adalah antara kawasan yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang melanda tenggara Turkiye dan negara jiran Syria pada 6 Okt 2023, yang mengorbankan 50,000 orang.
Lebih 1,000 orang terkorban di Malatya.
Ramai penduduk di wilayah itu masih tinggal di tempat perlindungan kontena kecemasan hari ini, selepas puluhan ribu bangunan musnah akibat gempa bumi berkembar pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#Elazig
#Diyarbakir
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan