Seorang anggota Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) yang dikerah ke lokasi bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah terpaksa menerima realiti pahit, apabila isteri yang terlantar sakit meninggal dunia.
Alfrits Rottie sebelum ini menolak untuk bertugas di Palu, namun isterinya, Devita Purnamasari Muhidin meminta beliau untuk menyertai misi berkenaan kerana percaya mangsa gempa tsunami di Sulawesi Tengah lebih memerlukan bantuannya.
Sepanjang empat hari berada di Palu, Alfrits gagal menghubungi isterinya disebabkan isyarat komunikasi yang lemah.
Di Palu, Alfrits sempat menyelamatkan seorang wanita yang tertimbus di bawah sisa runtuhan bangunan.
Manakala misi menyelamat di kawasan Petobo, Alfrits dan pasukannya berjaya menarik keluar seorang mangsa yang terperangkap dalam lubang berlumpur.
Bagaimanapun, pada Sabtu lalu, Alfrits menerima berita bahawa isterinya semakin tenat dan beliau dibenarkan pulang ke Gorontalo.
"Saya tiba di Gorontalo pada pagi Ahad. Namun Tuhan lebih sayangkan isteri saya, dia meninggal dunia menjelang Maghrib," katanya.
Usia perkahwinan Alfrits dan Devita baru mencecah setahun.
Alfrits sebelum ini merancang untuk membawa Devita berbulan madu di Bandung sebaik sahaja penyakitnya sembuh. - Agensi
Sinar Harian
Fri Oct 19 2018
Potret Alfrits dan isterinya. - Foto Sinar Harian
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tinggalkan isteri sakit demi misi kemanusiaan di Palu
Alfrits Rottie sebelum ini menolak untuk bertugas di Palu, namun isterinya meminta beliau menyertai misi berkenaan kerana percaya mangsa gempa tsunami lebih memerlukan bantuannya.