Tokyo menarik semula amaran perintah berkurung selepas kes baharu COVID-19 dilihat semakin terkawal sekali gus akan meneruskan semula operasi perniagaan termasuk pusat permainan, dan pusat hiburan lain pada Jumaat.

Amaran tersebut ditarik semula kira-kira 10 hari selepas ia diumum pada 2 Jun sebaik melihat kes harian hanya catat peningkatan dari 13 ke 34.

Di bawah rancangan pembukaan semula perniagaan yang mempunyai tiga fasa, Tokyo kini berada di fasa kedua, dengan pusat teater, kelab kecergasan dan kebanyakan tempat lain masih dilanjutkan.

Bermula Jumaat, bar, pusat karaoke, pusat perjudian, pusat permainan dan kafe internet boleh dibuka semula.

Dengan 22 kes dilaporkan pada Khamis, rata-rata kes baru harian selama seminggu terakhir berada di bawah 20.

Jepun telah mencatatkan 17,300 kes dengan lebih daripada 920 kematian.

Tokyo menyumbang sekitar satu pertiga daripada jumlah kes COVID-19 di negara itu.

BACA: COVID-19: Lebih 10,000 jalani ujian antibodi di Jepun