Skip to main content

Dunia

Trafik perkapalan di Selat Hormuz merosot ke paras terendah sejak Mei

A cargo vessel carrying shipping containers lies anchored in the Strait of Hormuz off Bandar Abbas, Iran, Sunday, Sept. 6, 2026. (AP Photo/Vahid Salemi) Provided by: AP APTOPIX Iran War Strait of Hormuz Photo Metadata ID 26249367276059 Submission Date Sep 6, 2026 10:48 (GMT) Creation Date Sep 06, 2026 10:47 (GMT+02:00) Photographer Vahid Salemi Source AP Copyright AP Credit AP Photo/Vahid Salemi Transmission Reference XEM108 Byline Title stf People Shown Special Instructions ISRAEL OUT; NO ACCESS ISRAEL MED
Sebuah kapal kargo yang membawa kontena berlabuh di Selat Hormuz berhampiran Bandar Abbas, Iran. - Foto AP
Advertisement

DUBAI: Trafik perkapalan melalui Selat Hormuz merosot ke paras terendah sejak Mei lalu susulan ketegangan maritim yang semakin memuncak di rantau Teluk berikutan siri serangan melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Menurut data yang dipetik Reuters daripada firma analisis perkapalan Kpler, purata hanya 10 kapal komoditi melalui laluan strategik itu setiap hari dalam tempoh 10 hari lalu.

Jumlah itu lebih rendah berbanding lebih 15 kapal sehari pada Jumaat dan hampir 13 kapal sehari pada Sabtu.

Data berkenaan menunjukkan hanya dua kapal melalui Selat Hormuz pada Sabtu, manakala enam kapal lagi merentasinya pada Ahad, kebanyakannya menggunakan laluan yang dikawal Iran.

Kpler turut melaporkan sebuah kapal tangki minyak mentah gergasi jenis Very Large Crude Carrier (VLCC) serta tiga kapal pengangkut pukal memasuki selat itu pada Ahad.

Bagaimanapun, tiada VLCC dilaporkan keluar dari Selat Hormuz sejak Rabu lalu.

Dalam perkembangan berasingan, data London Stock Exchange Group (LSEG) menunjukkan sebuah kapal tangki yang membawa produk petroleum bertapis dari sebuah pelabuhan Arab Saudi cuba meninggalkan Teluk melalui Selat Hormuz pada Ahad, namun berpatah balik sebelum meneruskan pelayaran.

Kemerosotan trafik itu berlaku ketika ketegangan di perairan Teluk meningkat susulan pertukaran serangan baharu antara AS dan Iran yang melibatkan kapal tangki minyak serta aset maritim kedua-dua pihak.

Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan sebanyak 27 insiden serangan menggunakan peluru berpandu atau projektil telah merosakkan kapal yang beroperasi di Selat Hormuz dan kawasan sekitarnya sejak 6 Julai lalu.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan terpenting dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak dan gas asli cecair global.

Sebarang gangguan di laluan itu boleh memberi kesan langsung kepada bekalan tenaga dan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Penganalisis menjangka aktiviti perkapalan di kawasan itu akan terus terjejas selagi ketegangan antara Tehran dan Washington belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaian.

 

 

Must Watch Video

Advertisement