TOKYO: Angka kematian akibat tragedi bot pelancong yang hilang hujung minggu lalu di utara Jepun meningkat kepada 11 orang selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun disahkan meninggal dunia pada Isnin, lapor Xinhua.
Pengawal Pantai dan Pasukan Pertahanan Diri (SDF) yang bertanggungjawab mencari mangsa hilang telah meluaskan kawasan pencarian, serta dibantu pesawat dan kapal.
Bot persiaran seberat 19 tan, Kazu One, membawa 26 penumpang itu dilaporkan hilang pada Sabtu di Semenanjung Shiretoko, Hokkaido dan membuat panggilan kecemasan ketika laut bergelora.
Talian komunikasi dengan bot terputus kira-kira jam 1.15 petang waktu tempatan.
Seramai tujuh lelaki dan tiga wanita disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya, dan dua kanak-kanak turut dijumpai.
Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun, merupakan mangsa terbaharu dijumpai pada Ahad, di kawasan perairan kira-kira 14 kilometer di timur rumah api berhampiran Semenanjung Shiretoko, sebuah destinasi popular di timur laut Hokkaido.
Mayat kanak-kanak itu dipercayai hanyut dibawa angin dan air pasang. Ibu bapa kanak-kanak itu masih hilang.
Pengawal pantai dan Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan memaklumkan seramai 24 penumpang dan anak kapal semuanya dipercayai memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot itu, meskipun kanak-kanak itu tidak memakainya ketika dijumpai.
Sembilan daripada 10 mangsa yang disahkan maut ditemukan di dalam air atau di atas batu sekitar 10 kilometer dari lokasi bot itu membuat panggilan pertamanya.
Kawasan pencarian telah diperluaskan dan bot nelayan turut menyertai operasi tersebut, menurut laporan tempatan.
Memandangkan kemungkinan bot karam akibat laut bergelora, pasukan mencari turut menggunakan peralatan sonar bagi mengesan bot malang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

SDF yang bertanggungjawab mencari mangsa hilang telah meluaskan kawasan pencarian, serta dibantu pesawat dan kapal. - Gambar/ Reuters

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Harga Barang Naik | Peniaga mengeluh, mungkin terpaksa gulung tikar
Segelintir peniaga di Terengganu khuatir terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi berikutan kenaikan harga barang serta kekurangan pelanggan. Mereka mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja sekali gus menyebabkan pendapatan mereka merudum selain terpaksa menanggung kerugian.

Malaysia kekal pilihan pelabur runcit, menurut tinjauan 2022 CGS-CIMB
Tinjauan melibatkan 1,068 responden itu mendapati, 63% daripada pelabur runcit memilih Malaysia sebagai pasaran pilihan.

Banjir | Polis beri amaran sebar berita palsu ada kematian
Orang ramai terutamanya pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kampung sekitar Kupang, Baling. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

AWANI Pagi: Musim kemarau di Malaysia bermula, Adakah kita bersedia?
Sejak beberapa hari lalu, cuaca di Malaysia catat suhu panas melampau. Adakah musim kemarau di Malaysia sudah bermula? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan itu? Apakah langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan untuk berdepan dengan cuaca panas melampau? #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.

AWANI Ringkas: Bendung ketirisan minyak masak subsidi

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Badminton Terbuka Malaysia: Hoki-Kobayashi muncul juara buat julung kali
Tewaskan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Final untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Aaron-Wooi Yik bermula dengan langkah kanan di Badminton Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menyingkirkan beregu Jepun Akira Koga-Taichi Saito di pusingan pembukaan.

MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta
MoC itu tidak bermakna Jepun mengambil tenaga kerja dari Malaysia.

Jepun rekodkan musim hujan paling singkat dalam sejarah
Musim hujan berakhir secara tiba-tiba di beberapa bahagian di Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin.

Toyota Jepun kurangkan 6 peratus pengeluaran antarabangsa untuk Julai
Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Toyota mengurangkan pengeluaran globalnya untuk Julai sebanyak enam peratus, dengan hanya 800,000 unit kereta berbanding 850,000 unit, lapor Sputnik.

'35mm' bawa penonton imbau masa lampau - Syahmi Sazli
Antara sebab tema berkenaan dipilih adalah kerana keinginan untuk mengimbau masa lampau dan sekali gus mengangkat kenangan-kenangan lalu menerusi layar lebar.

Jepun lulus RUU hukuman penjara untuk buli dalam talian
Pindaan itu akan berkuat kuasa 20 hari selepas ia diisytiharkan.

Bon Odori: Mufti Perlis beri dua cadangan kepada penganjur
Isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan dengan tidak memasukkan unsur khurafat atau syirik dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

Guna kaedah Jepun atasi banjir kilat di KL
Penggunaan sistem amaran awal yang digunakan di Jepun juga akan dijadikan sebagai panduan untuk pihak DBKL.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.