awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi bot itik: 'Kapten kata tidak perlu pakai jaket keselamatan'

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2018
03:27 MYT
Tragedi bot itik: 'Kapten kata tidak perlu pakai jaket keselamatan'
Tia Coleman kehilangan sembilan ahli keluarganya dalam tragedi 'bpt itik' karam di Missouri, kelmarin. -Reuters
Seorang wanita dari Indiana yang kehilangan sembilan anggota keluarga termasuk suami dan anak dalam tragedi 'bot itik' karam di Missouri berkata kapten bot berkenaan memberitahu penumpang untuk tidak memakai jaket keselamatan.
Tia Coleman memberitahu stesen televisyen Indianapolis, daripada semua 11 anggota keluarganya, hanya beliau dan anak saudaranya yang terselamat dalam tragedi itu.
Ketika kejadian Khamis lalu, keluarga itu dikatakan menaiki kenderaan amfibia berkenaan sebelum ia dipukul ribut dan tenggelam di tasik Table Lake berhampiran Branson, Missouri mengorbankan 17 daripada 31 penumpangnya.
"Saya kehilangan anak-anak saya, suami, ibu mentua, bapa mentua, bapa saudara, kakak ipar dan anak saudara lelaki. Ia cukup berat," kata Coleman kepada Fox 59.
Coleman berkata, mendiang suaminya pasti mahu dunia tahu ketika mereka berada di tasik, kapten bot berkenaan memberitahu penumpang untuk tidak memakai jaket keselamatan kerana mereka tidak memerlukannya.
"Bila situasi memerlukan kami memakai jaket keselamatan, ia sudah terlambat," kata Coleman.
Kapten bot berkenaan adalah antara 14 yang terselamat, tujuh daripadanya parah. -Reuters/SBS News
Topic Berkaitan
#bot itik
#Branson
#jaket keselamatan
#karam
#Missouri
#Table Lake
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan