awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Christchurch: Selepas lapan hari, kanak-kanak empat tahun masih kritikal

Agensi
Agensi
23/03/2019
00:30 MYT
Tragedi Christchurch: Selepas lapan hari, kanak-kanak empat tahun masih kritikal
Bapa Alen, Wasseim juga cedera ditembak namun kini dalam keadaan stabil. - Facebook
SEORANG kanak-kanak berusia 4 tahun yang parah ditembak dalam serangan pengganas di Christchurch, dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.
Alen Alsati antara mangsa termuda dalam tragedi yang meragut 50 nyawa, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dua buah masjid.
Jurucakap Lembaga Kesihatan Auckland berkata keadaan Alen belum menampakkan sebarang perubahan selepas lapan hari dirawat di sebuah hospital di Auckland, lapor portal Stuff.
Bapanya Wasseim Alsati, seorang tukang gunting rambut yang berasal dari Jordan, juga cedera dalam serangan di Masjid Al Noor.
BACA: Tragedi Christchurch: Dr Adib sebak cerita keadaan kanak-kanak di meja bedah
Wasseim sempat memuat naik satu entri di Facebook sehari selepas kejadian, memaklumkan keadaannya dan meminta orang ramai mendoakan dia dan anaknya.
Alen dilaporkan mengalami kecederaan vaskular yang serius, seperti yang diceritakan seorang doktor yang merawatnya, Dr Adib Khanafer.
“Peluru tersebut mengenai pada saluran darah dan amat sukar untuk dirawat. Peluru telah merosakkan pelvis dan bahagian arteri di bawah terpotong," kata Adib.
Topic Berkaitan
#Alen Alsati
#Christchurch
#Kanak-kanak
#mangsa
#masjid
#New Zealand
#serangan
#serangan pengganas
#tembakan
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan