SEOUL: Unit polis khas yang ditugaskan menyiasat kejadian rempuhan maut di Itaewon akan mendedahkan hasil siasatan pada minggu ini.

Pasukan itu dilancarkan pada 1 Nov sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyingkap kebenaran di sebalik tragedi 29 Okt yang mengorbankan 159 orang di kawasan kejiranan Itaewon, Seoul.

Pegawai yang terlibat merancang untuk mendedahkan penemuan itu pada Jumaat, lapor Yonhap.

Menurut laporan, pasukan penyiasat telah merujuk 10 suspek utama termasuk bekas ketua Balai Polis Yongsan Lee Im-jae dan ketua pejabat Wad Yongsan Park Hee-young kepada pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, pasukan itu dijangka tidak akan mendakwa Pesuruhjaya Agensi Polis Kebangsaan Yoon Hee-keun, kerajaan metropolitan Seoul dan pegawai kementerian dalam negeri.

--BERNAMA