awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sri Lanka: Angka kematian lebih 200, tujuh ditangkap

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2019
12:54 MYT
Tragedi Sri Lanka: Angka kematian lebih 200, tujuh ditangkap
Pegawai polis dan forensik memeriksa lokasi di mana terjadi letupan di Hotel Shangri-la di Colombo, Sri Lanka, 21 April, 2019. (Foto AP)
Tujuh individu ditahan dan tiga pegawai polis terbunuh semasa serbuan di sebuah rumah di Colombo pada Ahad, ketika angka kematian akibat letupan bom di beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka meningkat kepada lebih 200 orang, menurut polis dan media tempatan.
"Secara keseluruhannya, kami menerima maklumat dari hospital-hospital mengatakan 207 orang maut. Di samping itu, setakat ini, 450 orang cedera dan dimasukkan ke hospital," Jurucakap Polis Ruwan Gunasekera dipetik berkata.
BACA: 'Ini serangan pengecut' - PM Sri Lanka
Butiran lanjut mengenai serbuan di sebuah rumah di ibu negara Sri Lanka itu belum dapat diperolehi buat waktu ini.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa setakat ini
Lapan letupan bom terjadi pada Ahad, beberapa darinya dikatakan berbentuk serangan bunuh diri.
Ia menjurus kepada tindakan keras yang diambil kerajaan termasuk mengenakan perintah berkurung ke atas rakyat dan sekatan terhadap akses kepada laman media sosial dan sistem pesanan, termasuk Facebook dan WhatsApp.
BACA: Malaysia kutuk serangan gereja, hotel di Sri Lanka
Topic Berkaitan
#bom
#gereja
#hotel
#letupan
#perintah berkurung
#rumah
#serbuan
#Sri Lanka
#tangkapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan