Tragedi Sri Lanka: Angka korban meningkat 290 mangsa, 24 suspek ditahan - Polis

Siti Hajar Jamaludin
April 22, 2019 03:01 MYT
Polis menahan 24 suspek dipercayai terbabit dalam siri letupan di Sri Lanka pada Ahad. -Foto AP Newsroom
Polis Sri Lanka pada Isnin mengumumkan jumlah mangsa yang terkorban meningkat kepada 290 dengan 500 yang lain mengalami kecederaan susulan insiden letupan di negara itu pada Ahad.
Walau bagaimanapun tidak semua status kewarganegaraan mangsa yang terkorban, kebanyakan warga tempatan, dikeluarkan pihak berkuasa Sri Lanka.
Pihak berkuasa sebelum ini mengumumkan 30 warga asing terkorban dalam insiden berdarah itu.
Mereka terdiri daripada tiga warga United Kingdom (UK), dua warga Amerika Syarikat/UK, satu warga Belanda, satu warga China, satu warga Portugis dan dua warga Turki, antara yang telah dikenal pasti.
Dalam pada itu, polis turut memaklumkan 24 suspek, dipercayai ektremis agama, ditahan.
Namun sehingga pagi Isnin, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.
Terdahulu, polis tempatan menahan 13 suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam siri letupan itu, lapor media tempatan Xinhua.
BACA: 'Ini serangan pengecut' - PM Sri Lanka
Presiden Maithripala Sirisena menubuhkan suruhanjaya khas bagi memastikan siasatan lebih efisen berhubung serangan itu.
Lapan letupan yang berlaku ketika sambutan Hari Easter pada Ahad menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa setakat ini
BACA: Tragedi Sri Lanka: Malaysia sedia hulur bantuan - Saifuddin
Kerajaan Sri Lanka juga mengenakan perintah berkurung di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta dan menghalang akses kepada semua media sosial untuk langkah keselamatan.
Perintah berkurung itu berakhir jam 6 pagi Isnin waktu tempatan.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Akses media sosial disekat, elak penularan maklumat palsu
BACA: Tragedi Sri Lanka: Saksi panjat bumbung selepas dengar letupan
#13 suspek ditahan #228 orang maut #8 letupan berlaku #Columbia #Gereja Katuwapitiya #Gereja Kochikade #Perdana Menteri #Presiden Maithripala Sirisena #Ranil Wickremesinghe #sambutan hari easter #Shangri-La Hotel #tragedi Sri Lanka