SINGAPURA:Media Singapura telah memperoleh rakaman video menunjukkan seorang wanita muda berlari tanpa teragak-agak ke dalam sebuah kereta yang sedang terbakar di Jalan Tanjong Pagar untuk menyelamatkan lima individu termasuk tunangnya yang terperangkap dalam kenderaan itu.
Bahan visual itu diperoleh secara eksklusif oleh akhbar The Straits Times.
Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas tersebut dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat pada kira-kira 5.40 pagi Sabtu lepas (13 Feb) sebelum merempuh sebuah rumah kedai, demikian menurut versi dalam talian akhbar harian itu.
Lampu isyarat kereta itu boleh dilihat berada dalam keadaan berkelip-kelip selama kira-kira 15 saat sebelum kenderaan tersebut meletup dan terbakar.
Kira-Kira 20 saat kemudian, Raybe Oh kelihatan dalam video itu. Beliau dilihat berlari ke arah kereta yang sedang terbakar dan terus masuk ke dalam api yang sedang marak.
Beliau muncul 10 saat kemudian dalam keadaan badannya dijilat api dan dilihat berlari ke arah beberapa rumah kedai yang terletak bertentangan dengan jalan sempit dua lorong itu.
Menurut akhbar itu, Oh, 26, seorang bekas pramugari, kini dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura dan beliau dilaporkan mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus badannya.
Kereta yang terbakar itu dipandu oleh tunangnya, Jonathan Long, 29, dan turut dinaiki empat rakan lelaki tersebut iaitu Eugene Yap, 29; Elvin Tan, 28; Teo Qi Xiang, 26; dan Gary Wong, 29.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa ia telah melihat enam klip video berhubung nahas itu antara 5.24 pagi dan 5.50 pagi.
Kereta BMW itu telah dilihat melakukan tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas semasa pusingan keempat.
Kereta itu dilihat dipandu lebih perlahan pada pusingan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Kereta BMW itu dilihat melakukan tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas semasa pusingan keempat. - SG Road Vigilante - SGRV telegram
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Tragedi Tanjong Pagar: Rakaman CCTV tunjuk wanita berlari masuk ke dalam kereta terbakar
Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas tersebut dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat sebelum merempuh sebuah rumah kedai.