Taufan Trami yang mula menunjukkan kuasa kemusnahannya semalam, hari ini (Ahad) membadai pulau utama Jepun hingga memaksa pembatalan dan pemberhentian sementara perkhidmatan penerbangan dan kereta api.
Selain itu bekalan kuasa turut terputus di banyak tempat selain proses evakuasi yang sekali lagi dikuatkuasakan meskipun di kawasan yang baru saja dilanda Taufan Jebi bulan lalu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka, yang dilanda banjir bulan lalu, juga telah menutup laluan berlepas dan mendaratnya pada Ahad hingga ke pagi Isnin. Sejumlah 1,100 penerbangan telah dibatalkan.
Perkhidmatan kereta api jaringan tempatan dan kereta api laju di kawasan tengah dan barat juga dihentikan operasi sementara pada Ahad.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah evakuasi dan amaran kepada kira-kira 700,000 isi rumah di selatan dan barat Jepun, sementara lebih daripada 300,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Okinawa dan Kagoshima.
Seorang wanita berusia 60 tahun di Miyazaki prefecture dilaporkan hilang, dipercayai dihanyuykan arus deras di terusan air di sawah padi.
BACA: Selepas Jebi, kini giliran Taufan Trami pula membantai Jepun
Agensi
Sun Sep 30 2018
Seorang lelaki menempuh cuaca buruk di kawasan pelabuhan Yonabaru, Okinawa, dengan berlatarkan kapal yang teranjak kedudukannya ke atas pantai. - Reuters
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang
Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Malaysia hingga pukul 5 petang ini.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Menurut Agensi Cuaca Nasional, ribut tropika Usagi dijangka tiba di pantai timur laut negara itu dalam tempoh sehari lagi.
MTL: Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara
Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara ekoran peralihan Monsun Timur Laut yang membawa angin kencang dan cuaca tidak menentu.
Taufan Super Kong-rey landa Taiwan, seorang maut dan 73 cedera
Taufan Super Kong-rey melanda Taiwan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 73 cedera akibat kemalangan yang berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri
Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.
Hujan lebat, ribut diramal landa Terengganu petang dan awal malam ini
Ribut ini dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam, menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau ini sehingga 28 Oktober.
Ribut Tropika Trami: METMalaysia keluar amaran cuaca signifikan hingga 28 Oktober
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 25 Oktober.
Ribut petir, hujan lebat landa Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi - METMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).