awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTL: Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara

Bernama
Bernama
12/11/2024
03:40 MYT
MTL: Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara
Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara bermula 10 Nov lepas dan semua operasi dihentikan sehingga keadaan cuaca kembali stabil serta selamat. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pasar Terapung Pulau Suri di Tumpat ditutup sementara ekoran peralihan Monsun Timur Laut yang membawa angin kencang dan cuaca tidak menentu sejak Ahad lepas.
Pengerusi Pasar Terapung Pulau Suri Rusdi Ghani berkata keputusan itu diambil selepas kira-kira 40 peniaga bersetuju supaya penutupan dilakukan demi keselamatan mereka serta pengunjung.
Beliau berkata Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara bermula 10 Nov lepas dan semua operasi dihentikan sehingga keadaan cuaca kembali stabil serta selamat.
"Buat masa ini kami tidak dapat memberi tarikh tetap bila pasar akan dibuka semula dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan menerusi laman rasmi Facebook kami," katanya ketika dihubungi hari ini.
Monsun Timur Laut atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia bermula pada 5 Nov lepas dan berterusan sehingga Mac 2025 dengan menyaksikan lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pasar Terapung Pulau Suri
#monsun timur laut
#angin kencang
#cuaca tidak menentu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan