awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transgender ditahan cubaan hina Permaisuri Thailand

Agensi
Agensi
13/09/2022
20:20 MYT
Transgender ditahan cubaan hina Permaisuri Thailand
Jatuporn menyertai protes yang diadakan di bandar Bangkok pada 2020 itu dengan berpakaian tradisional Thailand berwarna merah jambu sambil dipayung oleh seorang pembantu. - Gambar/Reuters
BANGKOK: Seorang aktivis ditahan pihak berkuasa selepas didakwa atas cubaan menghina keluarga diraja Thailand.
Memetik laporan BBC, Jatuporn 'New' Saeoueng menyarung baju sutera seolah mempersenda Permaisuri Suthida ketika menyertai protes jalanan.
Transgender berusia 25 tahun ini merupakan salah seorang daripada ratusan aktivis yang didakwa menghina keluarga Diraja Thailand dalam protes menyeru reformasi terhadap monarki.
Menurut AP Jatuporn menafikan mempersenda Permaisuri Suthida dan tidak berniat untuk menimbulkan provokasi pada hari itu.
“Saya menggayakan pakaian itu untuk diri sendiri, versi saya memakai pakaian tradisi Thailand,” katanya.
Jatuporn menyertai protes yang diadakan di bandar Bangkok pada 2020 itu dengan berpakaian tradisional Thailand berwarna merah jambu sambil dipayung oleh seorang pembantu.
Di Thailand, menjadi kesalahan untuk menghina Raja, Permaisuri, waris atau Pemangku Raja.
Hukuman maksimum 15 tahun penjara boleh dikenakan di bawah undang-undang 'lese majeste' yang paling ketat di dunia.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Jatuporn 'New' Saeoueng
#transgender ditahan
#Permaisuri Suthida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan