Skip to main content

Dunia

Trump akan sampaikan ucapan untuk rakyat AS di televisyen

U.S. President Donald Trump delivers an address to the nation about the Iran war at the White House in Washington, D.C., U.S. April 1, 2026. Alex Brandon/Pool via REUTERS
Ucapan Trump itu dijadualkan pada 9 malam (0100 GMT Jumaat), menurut pengumuman menerusi akaun Truth Social beliau. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang menyampaikan ucapan kepada rakyat menerusi siaran televisyen pada petang Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Ucapan itu dijadualkan pada 9 malam (0100 GMT Jumaat), menurut pengumuman menerusi akaun Truth Social beliau. Waktu berkenaan merupakan antara slot siaran televisyen paling utama di AS.

Seorang presiden lazimnya menyampaikan ucapan kepada rakyat apabila mahu membuat pengumuman penting atau susulan sesuatu peristiwa besar yang melibatkan rakyat Amerika. 

Bagaimanapun, Trump tidak menyatakan topik ucapannya.

Masih belum jelas sama ada beliau akan menyentuh perang Iran yang mendominasi tajuk berita di AS sejak beberapa bulan kebelakangan ini, selain kenaikan harga petrol yang menyusul. Konflik itu kembali memuncak sejak beberapa hari lalu.

Ini bukan kali pertama Trump menyampaikan ucapan seumpama itu sejak memulakan penggal keduanya pada Januari 2025. 

Pada Disember, ketika berdepan tekanan domestik yang semakin meningkat, beliau mempertahankan rekod ekonominya.

Ucapan itu dijadualkan kira-kira empat bulan sebelum pilihan raya separuh penggal, ketika Parti Republikan pimpinan Trump mencatat prestasi kurang memberangsangkan dalam tinjauan pendapat.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement