awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan serah diri di mahkamah Georgia, dakwa pendakwaan berniat jahat

Agencies
Agencies
22/08/2023
05:07 MYT
Trump akan serah diri di mahkamah Georgia, dakwa pendakwaan berniat jahat
Trump berkata, beliau akan terbang ke Atlanta pada Khamis untuk ditahan oleh pendakwa raya yang disifatkannya sebagai golongan radikal berhaluan kiri. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menyerah diri kepada mahkamah di Atlanta, Georgia, bagi menghadapi beberapa pertuduhan berhubung perolehan daripada aktiviti haram dan konspirasi jenayah.
Memetik laporan BBC, Trump berkata, beliau akan terbang ke Atlanta pada Khamis untuk ‘ditahan’ oleh pendakwa raya yang beliau sifatkan sebagai ‘golongan radikal berhaluan kiri’.
Dakwa Trump lagi, pendakwa raya Fani Willis merupakan ahli parti Demokratik dan sedang melakukan ‘pemburuan’ terhadap dirinya dengan kebenaran Jabatan Kehakiman AS.
Terdahulu, seorang hakim di mahkamah Atlanta, yang memantau kes Trump, telah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$200,000 dan bebas dari ditahan selagi Trump tidak mempunyai niat mengganggu atau mengugut saksi kes tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan Willis telah memfailkan kes ke atas bekas Presiden AS itu termasuk 18 sekutunya atas dakwaan cuba membatalkan keputusan pemilihan presiden 2020.
Bekas peguam Trump, Rudy Giuliani; Ketua Staf Rumah Putih, Mark Meadows; dan bekas Penolong Peguam Negara AS, Jeffrey Clark adalah antara pembantu serta rakan sekutu bekas presiden itu yang didakwa di Georgia pada Isnin.
Memetik laporan Financial Times, barisan peguam Trump akan bertemu dengan pihak pendakwa untuk berunding mengenai terma dan jumlah dana ikat jamin.
Pejabat Sherif Daerah Fulton berkata, apabila Trump menyerah diri, pihak berkuasa akan melakukan perintah sekatan di sekeliling penjara daerah tersebut.
Pejabat tersebut berkata, penghadang jalan raya akan kekal hingga Sabtu ini, dan 19 tertuduh termasuk Trump mempunyai tempoh hingga tengah hari Jumaat untuk menyerah diri.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Fani Willis
#perolehan daripada aktiviti haram
#konspirasi jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan