awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House

Bernama
Bernama
20/01/2025
23:45 MYT
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Donald Trump berhasrat untuk menarik diri sekali lagi daripada Perjanjian Iklim Paris, dengan White House menyenaraikan langkah itu sebagai satu daripada keutamaan utama. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhasrat untuk menarik diri sekali lagi daripada Perjanjian Iklim Paris, dengan White House menyenaraikan langkah itu sebagai satu daripada keutamaan utama.
Penarikan diri itu perlu dikemukakan secara rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan akan berkuat kuasa selepas tempoh setahun, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan White House.
Langkah ini akan menyaksikan AS menarik diri secara besar-besaran daripada usaha global untuk menangani perubahan iklim.
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Perjanjian Iklim Paris, yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak Iklim PBB 2015 di Paris, bertujuan mengehadkan pemanasan global kepada bawah dua darjah Celsius berbanding paras pra-industri, dengan sasaran aspirasi 1.5 darjah.
Matlamat ini telah ditegaskan semula dalam beberapa persidangan iklim untuk mengurangkan kesan iklim yang serius, termasuk gelombang haba, kemarau, kebakaran liar, ribut, dan banjir yang semakin kerap berlaku. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Presiden AS ke-47
#Perjanjian Iklim Paris
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan