Skip to main content

Dunia

Trump ancam tindak balas ketenteraan selepas serangan Iran ke atas pangkalan AS

President Donald Trump speaks in the Oval Office of the White House about Dulles International Airport modernization, Wednesday, July 29, 2026, in Washington. (AP Photo/Julia Demaree Nikhinson)
Menurut Trump, Iran bakal menerima "padah yang setimpal" selepas didakwa terus meningkatkan serangan terhadap kepentingan AS di Asia Barat. - Foto AP
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran bahawa Washington akan melancarkan serangan balas yang lebih keras terhadap Iran susulan serangan terbaharu yang menyasarkan kemudahan tentera AS di Jordan.

Menurut Trump, Iran bakal menerima "padah yang setimpal" selepas didakwa terus meningkatkan serangan terhadap kepentingan AS di Asia Barat.

"Kami akan bertindak balas dengan tegas. Mereka tahu apa yang akan berlaku," katanya kepada wartawan di White House.

Ancaman itu dibuat sehari selepas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan serangan ke atas sebuah pangkalan udara dan pusat operasi Komando Pusat Tentera AS (CENTCOM) di Jordan.

Bagaimanapun, CENTCOM mendakwa semua peluru berpandu yang dilancarkan berjaya dipintas dan tiada anggota AS terkorban dalam insiden terbabit.

IRGC dalam kenyataannya menegaskan serangan akan diteruskan selagi AS meneruskan tindakan yang disifatkannya sebagai ancaman terhadap Iran dan kepentingan negara itu.

Ketegangan antara kedua-dua negara kembali memuncak selepas tiga anggota tentera AS terbunuh dalam satu serangan di Jordan pada 17 Julai lalu.

Sejak konflik bermula pada Februari, sekurang-kurangnya 18 anggota tentera AS dilaporkan terkorban.

Perkembangan terbaharu itu berlaku hanya beberapa jam selepas Trump mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di White House.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dilaporkan membincangkan konflik serantau serta usaha menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

Sementara itu, satu tinjauan yang diterbitkan Quinnipiac University mendapati hanya 34 peratus rakyat AS menyokong tindakan ketenteraan terhadap Iran, mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap risiko perang yang berpanjangan.

 

Must Watch Video

Advertisement