Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berang apabila Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Demokrat Adam Schiff mengumumkan bahawa panel itu akan meneliti pakatan presiden tersebut dengan Rusia, lapor agensi berita China Xinhua memetik posting Trump dalam akaun Twitter.
"Schiff akan meneliti setiap aspek kehidupan saya, baik dari segi kewangan mahupun peribadi, meskipun tidak ada alasan untuk berbuat demikian," kata Trump pada pagi Khamis.
"Perkara sebegini tidak pernah berlaku! Gangguan Tanpa Had Terhadap Presiden."
Presiden itu menuduh anggota Parti Demokrat dan panel kongres yang mereka terajui "sudah gila," dan mengadu bahawa "tidak akan ada waktu yang tersisa untuk mentadbir kerajaan."
Schiff pada Rabu berkata siasatan jawatankuasa itu akan melibatkan penelitian berterusan ke atas dakwaan berkaitan peranan Rusia semasa pilihan raya presiden AS 2016 serta hubungan antara Moscow dan kempen Trump.
Siasatan itu, kata anggota Demokrat yang mewakili California, akan turut meneliti "sama ada terdapat pelakon asing yang berusaha menjejaskan atau memiliki faedah kewangan atau sebaliknya, terhadap Donald Trump, keluarga, perniagaan atau rakan beliau."
Ini selari dengan siasatan pasukan diketuai peguam khas Robert Mueller, yang diketahui memfokus kepada orang hubungan dari Rusia dalam pasukan Trump dan sama ada presiden itu telah menghalang keadilan.
Pasukan Mueller setakat ini telah mendakwa atau berjaya memperoleh pengakuan bersalah daripada 34 orang, termasuk enam bekas sekutu Trump dan lebih 24 rakyat Rusia serta tiga entiti Rusia.
Trump telah berulang kali menafikan terdapat sebarang pakatan antara kempen beliau dengan Moscow dan menyelar siasatan Mueller serta menyifatkannya sebagai satu "penipuan" atau "pemburuan ahli sihir."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 08 2019
Adam Schiff bercakap kepada media selepas panelnya mengundi dalam satu sesi tertutup untuk menghantar lebih 50 transkrip dari siasatan campurtangan Rusia kepada Robert Mueller, di Capitol Hill, Washington, 6 Feb, 2019. (Foto AP)
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Trump berang Adam Schiff umum siasatan meluas terhadapnya
Schiff berkata siasatan akan melibatkan penelitian berterusan ke atas dakwaan berkaitan peranan Rusia semasa pilihan raya presiden AS 2016 serta hubungan antara Moscow dan kempen Trump.