awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial

Trump beri amaran akan serang semula tapak nuklear Iran jika program diteruskan

Agensi
Agensi
28/07/2025
21:50 MYT
Trump beri amaran akan serang semula tapak nuklear Iran jika program diteruskan
Presiden Trump (kiri) dan Perdana Menteri Starmer (tengah), bersiap sedia untuk menaiki Marine One sebaik tiba di Pangkalan Udara Diraja (RAF) Lossiemouth menuju ke Aberdeen, Scotland pada Isnin. - Gambar AP
TURBERRY, SCOTLAND: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Iran bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan serangan baharu ke atas fasiliti nuklear negara itu sekiranya Tehran cuba memulihkan semula tapak yang telah dibom bulan lalu.
Kenyataan itu dibuat ketika Trump mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer di pusat peranginan golf miliknya di Turnberry, pantai barat Scotland.
Iran sebelum ini menafikan mempunyai niat membangunkan senjata nuklear dan tetap bertegas untuk tidak menghentikan aktiviti pengayaan uranium dalam negara, walaupun tiga tapak nuklear utamanya telah diserang.
Trump mendakwa Tehran kini menghantar "isyarat-isyarat yang tidak menyenangkan" dan memberi amaran sebarang usaha untuk mengaktifkan semula program nuklear akan ditindak serta-merta.
“Kita dah hapuskan keupayaan nuklear mereka. Mereka boleh cuba mula semula, tapi kalau mereka buat, kita akan hapuskan lebih cepat daripada sempat anda angkat jari,” katanya kepada media.
Topic Berkaitan
#amaran Trump
#tapak nuklear Iran
#fasiliti nuklear
#Amerika serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.