awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump boleh tuntut kekebalan pendakwaan untuk tindakan rasmi - Mahkamah Agung AS

Bernama
Bernama
01/07/2024
20:45 MYT
Trump boleh tuntut kekebalan pendakwaan untuk tindakan rasmi - Mahkamah Agung AS
Sifat kuasa Presiden memberikan bekas Presiden kekebalan mutlak daripada pendakwaan jenayah untuk tindakan dalam kuasa perlembagaannya yang konklusif dan terbatas. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memutuskan bahawa bekas Presiden AS, Donald Trump, boleh menuntut kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan mensubversikan pilihan raya yang berkaitan dengan tindakan rasminya sebagai Presiden, walaupun dia masih boleh menghadapi pendakwaan untuk tindakan tidak rasmi, lapor Sputnik.
"Di bawah struktur Perlembagaan kita yang memisahkan kuasa, sifat kuasa Presiden memberikan bekas Presiden kekebalan mutlak daripada pendakwaan jenayah untuk tindakan dalam kuasa perlembagaannya yang konklusif dan terbatas.
"Dan beliau berhak sekurang-kurangnya kepada kekebalan praandaian daripada pendakwaan untuk semua tindakan rasminya. Tiada kekebalan untuk tindakan tidak rasmi," kata Mahkamah Agung dalam satu keputusan.
Mahkamah rendah menolak permohonan Trump untuk membatalkan dakwaan mensubversikan pilihan raya terhadapnya berdasarkan tuntutan kekebalan Presiden dan enggan memutuskan sama ada tindakan yang didakwa melibatkan tindakan rasmi.
Beberapa tuduhan dalam kes terhadap Trump sudah dikategorikan manakala yang lain menimbulkan "soalan yang lebih sukar", kata keputusan itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#kekebalan mutlak
#kes mahkamah Donald Trump
#Mahkamah Agung AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan