awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang

Bernama
Bernama
08/01/2026
13:14 MYT
Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan belanjawan ketenteraan berjumlah AS$1.5 trilion bagi tahun 2027 menerusi media sosial pada Rabu, meningkat ketara berbanding AS$901 bilion pada 2026. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan belanjawan ketenteraan berjumlah AS$1.5 trilion bagi tahun 2027 menerusi media sosial pada Rabu, meningkat ketara berbanding AS$901 bilion pada 2026, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya peperangan, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Donald Trump mencadangkan belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi tahun 2027, meningkat daripada AS$901 bilion pada 2026, menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan peperangan.
  • Trump menyatakan belanjawan tersebut penting untuk membangunkan 'Tentera Impian' demi keselamatan negara, walaupun ia dianggap belanjawan perang besar oleh pengamat politik AS.
  • Pengumuman Trump berlaku selepas serbuan AS ke atas Venezuela dan AS terus menjadi pembelanja ketenteraan terbesar di dunia, menguasai pasaran senjata dengan hasil jualan AS$334 bilion pada 2024.

"Selepas rundingan yang panjang dan sukar dengan Senator, Ahli Kongres, Setiausaha dan wakil politik lain, saya memutuskan demi kebaikan negara kita, khususnya dalam keadaan yang amat bergolak dan berbahaya ini, belanjawan ketenteraan kita bagi 2027 tidak seharusnya AS$1 trilion, sebaliknya AS$1.5 trilion," kata Trump dalam satu hantaran di Truth Social.
"Ini akan membolehkan kita membina 'Tentera Impian' yang selayaknya menjadi hak kita dan yang lebih penting, memastikan kita KEKAL SELAMAT dan TERJAMIN, tanpa mengira siapa musuhnya," kata Trump.
Trump mendakwa bahawa "pendapatan besar" yang diperoleh daripada tarif akan membolehkan angka baharu itu direalisasikan.
"Itu bukan belanjawan pengaman. Itu belanjawan perang, belanjawan perang besar," kata wartawan dan pengulas politik AS, Tucker Carlson, dalam rancangan terbaharunya. "Jelas sekali, itu jenis belanjawan untuk sebuah negara yang menjangka perang global atau serantau."
"Saya rasa wajar untuk menjangkakan dan semua petunjuk menunjukkan yang kita bakal berdepan perang besar tidak lama lagi," kata Carlson. "Harap ia tidak berlaku, tetapi jelas kita sedang bergerak ke arah itu - menuju perang dunia."
Pengumuman Trump dibuat hanya beberapa hari selepas serbuan AS ke atas Venezuela yang menawan presiden negara Amerika Selatan itu, Nicolas Maduro, bersama isterinya.
Pada pertengahan Disember, Senat AS meluluskan rang undang-undang dasar pertahanan bernilai US$901 bilion yang telah diluluskan Dewan Perwakilan, dikenali sebagai Akta Kebenaran Pertahanan Negara bagi Tahun Fiskal 2026, yang kemudiannya segera ditandatangani oleh Trump. Cadangan terbaharu Trump itu juga memerlukan kelulusan Kongres.
AS membelanjakan jauh lebih besar untuk ketenteraannya berbanding mana-mana negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini, baik dari segi jumlah keseluruhan mahupun peratusan daripada perbelanjaan ketenteraan global.
AS kekal sebagai pembelanja ketenteraan terbesar di dunia, dengan perbelanjaan berjumlah AS$997 bilion pada 2024, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).
Pada 2024, 39 syarikat AS yang tersenarai dalam 100 Teratas SIPRI mencatatkan hasil jualan senjata gabungan sebanyak AS$334 bilion, meningkat 3.8 peratus tahun ke tahun dan merangkumi hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 100 Teratas, menurut laporan terbaharu SIPRI.
Laporan itu turut menyatakan yang 30 daripada 39 firma AS itu merekodkan pertumbuhan hasil jualan senjata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#belanjawan ketenteraan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#peperangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan