awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dijangka tandatangan rang undang-undang tamatkan penutupan kerajaan - White House

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2025
22:20 MYT
Trump dijangka tandatangan rang undang-undang tamatkan penutupan kerajaan - White House
Undian akhir dijangka berlangsung sekitar jam 7 malam waktu tempatan, bergantung kepada kehadiran ahli Kongres yang terjejas akibat gangguan perjalanan. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijangka menandatangani rang undang-undang malam ini bagi menamatkan penutupan kerajaan persekutuan yang berlarutan, menurut jurucakap White House, Karoline Leavitt.

Ringkasan AI
  • Presiden AS, Donald Trump, dijangka menandatangani rang undang-undang pembiayaan malam ini (waktu tempatan) untuk menamatkan penutupan kerajaan persekutuan yang berlarutan.
  • Rang undang-undang berbentuk resolusi berterusan bersih telah diluluskan di Senat dan akan dibentangkan di Dewan Perwakilan sekitar jam 7 malam waktu tempatan.
  • Penutupan ini adalah yang terpanjang dalam sejarah AS, menjejaskan berjuta-juta rakyat dan mengganggu perkhidmatan awam serta perjalanan udara.

Leavitt berkata rang undang-undang itu, yang merupakan resolusi berterusan bersih (clean continuing resolution), akan dibentangkan di Dewan Perwakilan dan dijangka membuka semula operasi kerajaan.
“Presiden Trump menantikan untuk menamatkan penutupan yang memudaratkan ini dengan tandatangannya,” katanya dalam sidang media.
Penutupan kerajaan ini merupakan yang terpanjang dalam sejarah AS, menjejaskan berjuta-juta rakyat dan menyebabkan gangguan besar termasuk pembatalan penerbangan dan kelewatan perkhidmatan awam.
Undian akhir dijangka berlangsung sekitar jam 7 malam waktu tempatan, bergantung kepada kehadiran ahli Kongres yang terjejas akibat gangguan perjalanan.
Rang undang-undang itu telah diluluskan di Senat pada Isnin dan akan membiayai beberapa agensi persekutuan sehingga September tahun depan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Rang Undang-Undang
#penutupan kerajaan
#undian akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan