awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump hantar surat kepada Khamenei gesa rundingan nuklear - Laporan

Bernama
Bernama
07/03/2025
23:15 MYT
Trump hantar surat kepada Khamenei gesa rundingan nuklear - Laporan
Presiden Trump mengesahkan beliau telah menghantar surat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, menggesa rundingan bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengesahkan beliau telah menghantar surat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, menggesa rundingan bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam surat yang dihantar pada Khamis itu, Trump menekankan keutamaannya terhadap pendekatan diplomasi berbanding tindakan ketenteraan, menurut laporan Axios yang memetik pratonton temu bual dengan Fox Business Network.
"Saya katakan bahawa saya berharap anda akan berunding kerana ia akan menjadi jauh lebih baik untuk Iran," kata Trump.
Beliau turut menegaskan bahawa "alternatif lain" adalah AS terpaksa mengambil "sesuatu tindakan" kerana "anda tidak boleh membiarkan mereka memiliki senjata nuklear."
Awal minggu ini, Rusia menyatakan ia bersetuju untuk membantu Trump dalam usaha bekerjasama dengan Iran mengenai program nuklear negara itu.
Kenyataan Trump dibuat ketika pentadbirannya memberi isyarat bercampur-campur mengenai Iran.
Walaupun beliau berikrar untuk mengenakan semula tekanan maksimum ke atas Tehran, beliau juga menyeru kepada satu "perjanjian damai nuklear yang disahkan."
AS menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran di bawah Rancangan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018, dengan mengenakan sekatan ketat dan mengasingkan Iran secara diplomatik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Ayatollah Khamenei
#senjata nuklear
#surat Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan