awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah

Trump, isteri titip ucapan buat Biden, berdoa agar diberi kesembuhan segera

Agensi
Agensi
18/05/2025
23:00 MYT
Trump, isteri titip ucapan buat Biden, berdoa agar diberi kesembuhan segera
Presiden Trump dan isteri, Melania Trump berkongsi rasa sedih susulan berita yang melaporkan bekas Presiden AS, Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Susulan laporan kesihatan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang disahkan menghidap kanser prostat "agresif" yang telah merebak ke tulang, Presiden Donald Trump dan isteri, Melania Trump berkongsi kesedihan.
Dalam satu hantaran di Truth Social Trump, pasangan berkenaan mengirimkan ucapan dan berdoa buat seluruh keluarga Biden dan berharap pemimpin yang pernah menerajui AS sebelum beliau itu diberi kesembuhan segera.
"Melania dan saya sedih mendengar tentang diagnosis perubatan Joe Biden baru-baru ini. Kami mengirimkan ucapan terbaik dan doa kepada isteri beliau, Jill dan seluruh keluarga dan kami berharap Joe pulih dengan cepat dan berjaya," tulis Trump.
Presiden Trump sebelum ini sering mengkritik Biden sejak beliau kembali ke White House untuk penggal kedua pada Januari lalu.
Biden, yang berkhidmat sebagai Presiden dari 2021 hingga 2025, secara tiba-tiba menamatkan hasrat untuk bertanding semula pada Julai lalu, beberapa minggu selepas persembahan yang kurang meyakinkan dalam debat menentang calon Republikan, Donald Trump, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan Demokrat.
Susulan itu, Naib Presiden Kamala Harris mengambil alih sebagai calon parti tetapi tewas kepada Trump dalam pilihan raya November.
Kesihatan fizikal dan ketajaman mental Biden telah menjadi tumpuan media sejak sebelum debat tersebut yang mana Biden merupakan individu tertua yang pernah memenangi jawatan Presiden. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Joe Biden
#kanser prostat
#Melania Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.