awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung

Bernama
Bernama
20/01/2025
22:30 MYT
Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung
Trump menggariskan wawasan bercita-cita tinggi untuk penerokaan angkasa lepas, dengan berjanji untuk menghantar angkasawan Amerika Syarikat ke Marikh. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam ucapan sulungnya pada Isnin, mengumumkan darurat kebangsaan di sempadan selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktiraf hanya dua jantina.
"Saya akan mengisytiharkan darurat kebangsaan di sempadan selatan kita," kata Trump di Capitol Rotunda AS, sambil berikrar untuk mengembalikan dasar "Kekal-dalam-Mexico" serta mengerahkan tentera bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "pencerobohan yang dahsyat."
Beliau turut memaklumkan, kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing.
Trump seterusnya mengisytiharkan pentadbirannya akan secara rasmi mengiktiraf hanya dua jantina sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan.
"Mulai hari ini, ia akan menjadi dasar rasmi Kerajaan AS bahawa hanya terdapat dua jantina, lelaki dan perempuan," katanya.
Selain dasar domestik, Trump turut menggariskan wawasan bercita-cita tinggi untuk penerokaan angkasa lepas, dengan berjanji untuk menghantar angkasawan AS ke Marikh.
"AS sekali lagi akan melihat dirinya sebagai sebuah negara yang sedang membesar, meningkatkan kekayaan kita, memperluas wilayah, membangunkan bandar, mengangkat harapan kita, dan membawa bendera kita ke ufuk baharu yang indah.
"Kita akan meneruskan takdir kita yang ditunjukkan ke bintang-bintang, melancarkan angkasawan Amerika untuk memacakkan bendera kita di planet Marikh," katanya.
Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 AS dalam satu upacara di Washington DC, pada Isnin.
Upacara pelantikan bermula pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan (EST) di Capitol Rotunda.
Presiden Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden menyambut ketibaan Trump dan isterinya, Melania, di White House. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#angkat sumpah
#Presiden AS ke-47
#darurat sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan