Skip to main content

Dunia

Iran nafi dakwaan peluru berpandu dilancar ke arah Turkiye

bendera Iran -- astro awani
Iran menegaskan bahawa kedaulatan negara jiran adalah keutamaan dalam doktrin pertahanannya.

TEHRAN: Markas Staf Am Angkatan Tentera Iran menafikan dakwaan pihaknya melancarkan peluru berpandu ke arah Turkiye, susulan laporan Ankara bahawa sistem pertahanan udara NATO telah memintas sebuah projektil yang dikesan merentasi ruang udara Iraq dan Syria semalam.

Menurut kenyataan tersebut yang dipetik agensi berita Mehr, Iran menegaskan bahawa kedaulatan negara jiran adalah keutamaan dalam doktrin pertahanannya.

Advertisement

“Angkatan tentera Republik Islam Iran menghormati kedaulatan negara jiran dan sahabat, Turkiye, dan menafikan sebarang pelancaran peluru berpandu ke arah wilayah negara tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum ini melaporkan bahawa peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran telah dikesan melalui ruang udara Iraq dan Syria sebelum menghampiri sempadannya, sebelum ia berjaya dipintas oleh aset pertahanan udara NATO di Mediterranean Timur.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dalam reaksinya berkata Ankara sedang mengambil semua langkah berjaga-jaga melalui rundingan bersama sekutu NATO, selain mengeluarkan amaran dalam nada paling jelas bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Must Watch Video