awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump percaya Rusia perlu dipelawa semula sertai G7 - Pompeo

Bernama
Bernama
28/08/2019
04:36 MYT
Trump percaya Rusia perlu dipelawa semula sertai G7 - Pompeo
Mike Pompeo bercakap pada satu konvensyen di Indianapolis, 27 Ogos, 2019. (Foto AP/Fail)
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump percaya bahawa Rusia perlu dipelawa semula menyertai G7, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo.
Pompeo berkata demikian dalam temu bual dengan FOX59 WXIN dan CBS4 WTTV pada lewat Selasa.
Ditanya sama ada Rusia perlu dipelawa semula menyertai format G7, Pompeo berkata "itu pendapat presiden."
"Presiden berpendapat itulah yang harus kita lakukan. Saya bekerja dengan presiden. Jadi, kami akan berusaha ke arah itu," katanya.
Format G8 telah wujud dari 1998 hingga 2014 namun telah dikurangkan kepada G7 susulan ketidaksepakatan dengan Rusia berhubung insiden yang berlaku di Crimea dan Ukraine.
G7 menuduh Moscow campur tangan dalam hal ehwal domestik Ukraine dan telah bertindak mengenakan sekatan ke atas Rusia.
Baru-baru ini, lebih banyak negara barat yang mempertikai langkah memusuhi Rusia dan enggan mewujudkan kerjasama yang memberikan manfaat bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Format G8
#G7
#ketidaksepakatan
#Mike Pompeo
#Moscow
#Rusia
#sekatan
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan