Skip to main content

Dunia

Trump pertikai pemilihan Navi Pillay sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026

Trump juga berkata beliau tidak mengenali Pillay (foto) dan mempersoalkan pemilihannya sebagai penerima anugerah berprestij itu. -Gambar fail/Reuters
Trump juga berkata beliau tidak mengenali Pillay (foto) dan mempersoalkan pemilihannya sebagai penerima anugerah berprestij itu. -Gambar fail/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mempertikaikan pemilihan Navi Pillay sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026 oleh Jawatankuasa Nobel Norway.
  • Trump mendakwa keputusan itu menjejaskan kredibiliti Jawatankuasa Nobel dan menyatakan pentadbirannya lebih layak menerima pengiktirafan tersebut.
  • Pillay dipilih atas sumbangan memperkukuh undang-undang antarabangsa dan usaha membawa pelaku jenayah perang serta genosid ke muka pengadilan.

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Nobel Norway yang memilih tokoh perundangan Afrika Selatan, Navi Pillay, sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026.

Berucap pada satu perhimpunan di Syracuse, New York, Trump menyifatkan keputusan itu sebagai memalukan dan mendakwa ia menjejaskan kredibiliti Jawatankuasa Nobel, lapor The Independent.

Beliau turut menuduh badan berkenaan dipengaruhi kelompok yang menurutnya tidak mewakili nilai demokrasi.

Trump juga berkata beliau tidak mengenali Pillay dan mempersoalkan pemilihannya sebagai penerima anugerah berprestij itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa pentadbirannya layak menerima pengiktirafan berkenaan kerana berjaya membantu menyelesaikan beberapa konflik antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan bukti khusus bagi menyokong dakwaan tersebut dalam ucapannya.

Pillay, 85, dipilih sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026 atas sumbangannya dalam memperkukuh undang-undang antarabangsa dan usaha memastikan pelaku jenayah perang serta genosid dibawa ke muka pengadilan.

Beliau juga pernah mengetuai panel siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meneliti operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Sementara itu, ketika meraikan pengumuman anugerah berkenaan di Nuremberg, Jerman, Pillay dilaporkan berseloroh bahawa beliau sanggup berkongsi anugerah itu jika hadirin terus memberikan tepukan gemuruh.

Ini bukan kali pertama Trump mengkritik keputusan Jawatankuasa Nobel. Tahun lalu, beliau turut mempertikaikan pemilihan pemimpin pembangkang Venezuela, María Corina Machado, sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Mengapa Donald Trump mempertikaikan pemilihan Navi Pillay sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026? 
    A: Donald Trump mempertikaikan pemilihan Navi Pillay kerana menganggap keputusan Jawatankuasa Nobel Norway itu memalukan dan menjejaskan kredibiliti jawatankuasa tersebut.
  • Q: Apakah alasan Jawatankuasa Nobel memilih Navi Pillay sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026? 
    A: Navi Pillay dipilih kerana sumbangannya dalam memperkukuh undang-undang antarabangsa dan usaha memastikan pelaku jenayah perang serta genosid dibawa ke muka pengadilan.
  • Q: Apakah reaksi Navi Pillay selepas diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2026? 
    A: Ketika meraikan pengumuman anugerah di Nuremberg, Jerman, Navi Pillay berseloroh bahawa beliau sanggup berkongsi anugerah itu jika hadirin terus memberikan tepukan gemuruh.
  • Q: Apakah tuduhan lain yang dibuat Trump terhadap Jawatankuasa Nobel? 
    A: Trump menuduh Jawatankuasa Nobel dipengaruhi kelompok yang menurutnya tidak mewakili nilai demokrasi.
  • Q: Adakah ini kali pertama Trump mengkritik keputusan Jawatankuasa Nobel? 
    A: Ini bukan kali pertama; tahun lalu Trump turut mempertikaikan pemilihan María Corina Machado sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel.

Must Watch Video

Advertisement