DUNIA
Trump: AS pindah petugas dari Asia Barat kerana risiko keselamatan dengan Iran

Trump mengesahkan pengunduran itu sambil mengekalkan pendirian tegasnya terhadap cita-cita nuklear Iran. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata petugas Amerika sedang dipindahkan dari beberapa lokasi di Timur Tengah susulan ketegangan yang semakin meningkat dengan Iran kerana "ia mungkin menjadi tempat yang berbahaya," lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump mengesahkan pemindahan petugas dari beberapa lokasi di Timur Tengah kerana ketegangan yang meningkat dengan Iran, menyifatkan kawasan itu sebagai berpotensi berbahaya.
- Trump menegaskan pendirian tegasnya bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear dan menyatakan AS tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.
- Jabatan Negara AS membenarkan pemindahan petugas bukan penting dari Iraq selepas penilaian kecemasan, sementara pegawai perisikan bimbang kemungkinan Israel menyerang kemudahan nuklear Iran tanpa persetujuan Washington.
Ditanya mengenai usaha mengurangkan ketegangan serantau, beliau mengulangi pendiriannya mengenai program nuklear Iran.
"Mereka tidak boleh memiliki senjata nuklear. Sangat mudah. Kami tidak akan benarkan itu berlaku," tegasnya.
Jabatan Negara AS pada Rabu membenarkan pemindahan petugas kurang penting dari Iraq susulan penilaian kecemasan di kedutaan-kedutaan yang berada dalam jarak serangan aset Iran di seluruh Timur Tengah, Eropah Timur dan Afrika Utara, menurut laporan The Washington Post.
Pegawai perisikan AS kini semakin bimbang tentang kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran tanpa mendapat persetujuan Washington, menurut akhbar itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami