awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Pemandu teksi maut, empat cedera dalam kemalangan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump puji Musk atas reformasi dan penjimatan pada majlis perpisahan

Bernama
Bernama
31/05/2025
10:25 MYT
Trump puji Musk atas reformasi dan penjimatan pada majlis perpisahan
Trump berkata Musk melancarkan program reformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan berimpak besar sejak beberapa generasi. - AP
WASHINGTON: Dalam satu majlis perpisahan di White House pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji tokoh teknologi Elon Musk atas usahanya mengurangkan perbelanjaan kerajaan serta melaksanakan reformasi secara menyeluruh.
Trump berkata Musk melancarkan program reformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan berimpak besar sejak beberapa generasi, semasa membuat penampilan bersama dengan usahawan kelahiran Afrika Selatan itu.
Presiden merujuk kepada peranan Musk menerusi Jabatan Kecekapan Kerajaan (Department of Government Efficiency, DOGE) yang dipimpinnya.
"Khidmat Elon kepada Amerika tidak ada tandingannya dalam sejarah moden," kata Trump, menurut laporan agensi berita Jerman, dpa.
Beliau berkata, Musk berjaya menjimatkan berbilion dolar dana kerajaan dan membawa perubahan besar terhadap cara pentadbiran di Washington dijalankan.
Jumlah penjimatan yang dicapai oleh Musk dan pasukannya dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa, kata Trump, sambil menyatakan bahawa rakyat Amerika terhutang budi atas sumbangan beliau.
Trump turut menyuarakan keyakinan bahawa Musk tidak akan berundur daripada arena politik sepenuhnya.
"Saya rasa beliau akan tetap ada. DOGE itu umpama 'anak' beliau," kata Trump di Pejabat Oval, dengan Musk berdiri di sisinya.
Musk pula menyatakan hasrat untuk terus hadir ke Rumah Putih sebagai "sahabat dan penasihat."
"Ini bukan penamat bagi DOGE, tetapi satu permulaan," kata Musk.
Pada Rabu, Musk mengumumkan bahawa khidmatnya dalam kerajaan akan berakhir "seperti yang dirancang," dan beliau akan kembali menumpukan kepada syarikat-syarikat yang dikendalikannya.
Status beliau sebagai "pegawai khas kerajaan" di bawah peraturan Amerika Syarikat hanya membenarkan perkhidmatan selama 130 hari, menjadikan tarikh akhir perkhidmatannya pada akhir Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Elon Musk
#majlis perpisahan
#White House
#Perbelanjaan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan